Semalam bersembang dengan seorang anak muda. Hasil sembangan tersebut buat gua sesak nafas. Kemudian seorang pekerja lelaki gua dibuli customer wanita menjadikan gua terlihat masa depan yang gelap di Malaysia.
Anak muda itu ada kedai yang modal dan operasinya ditanggung ayahnya. Tinggal di rumah ayah, makan dan minum juga di sana. Kereta juga ayah yang belikan. Mungkin minyak kereta pun ayah tuangkan. Umur sekitar 23-25 tahun.
Dalam hidup gua, gua selalu anggap gua paling lekeh. Jadi, follow cara gua bekerja adalah perkara yang tidak mustahil. Gua selalu tuka mindset dan fikir future investment. Gua yakin, tuhan uji gua atas apa yang gua mampu.
Masa gua tinggal di Adelaide, gaji gua lebih kurang AUD8k, ada 3 main business yang gua sudah buat semenjak gua student. Shipping, trading dan cleaning yang jadi extra income gua.
Walaupun sudah bekerja dalam bidang gua, 3 business itu tetap gua teruskan. Beli barang hantar balik Malaysia, pickup barang dan tonyoh lantai, dalam fikiran gua ketika itu apa pasal gua kena buat lagi, kan gua sudah “kaya”. Gua belajar tukar mind set dengan sahabat gua Muhd Noraswazdi, kata-kata keramat beliau gua pegang sampai hari ini.
Di kala pelajar-pelajar Malaysia lain enjoy main bola dan bergeli-geli usrah. Dia sibuk kerja menonyoh lantai. Bila orang ajak dia bersukan, jawapan lagenda dia adalah,
“Aku bersukanlah ni. Tonyoh lantai sehari 4-5 jam. Aku bersukan dapat duit, hangpa bersukan dapat apa?”
Jadi segala side business gua buat yang memaksa gua menggunakn kudrat, gua anggap gua sedang bersenam dan bersukan. Gua pernah kerja lebih 24 hours angkut barang orang shipping di Brisbane dengan Abu Aisyah Yat Saaidal. Tonyoh lantai tengah malam dan sebelum subuh. Kan Ahmad Ridhuan?
Income company cleaning saja mencecah sebulan Aud10k pada suatu masa, shipping pun pernah menggila sehingga Mas Kargo pernah ajak gua JV la. Trading takyah cerita lah.
Bila pulang ke Malaysia, gua ada cita-cita besar. Perkataan 1000 adalah visi gua, memiliki 1000 pekerja dan 1000 anak. 1000 gopren dan 1000 isteri di syurga. Terpaksa 4 isteri di dunia kerana tuhan dah limitkan.
Untuk menjayakan visi dan misi besar tersebut, gua kena kerja keras. Keluar awal, pulang lewat. Pulang jam 2-3 pagi, keluar selepas Subuh. Itu rutin biasa gua. Terpaksa ke luar negara adalah lumrah dalam rutin. Kadang-kadang rasa kalau gua stop pun, bukan gua mati tak makan.
Bila teringat mak gua boleh bangun awal pagi buat kuih dan siapkan gua ke sekolah. Tidur lewat malam prep untuk kuih yang nak dijual esoknya. Gua sebagai jantan sejati, mantan taiko takkan tak boleh lawan mak gua.
Jadi apa yang gua buat sekarang bukan untuk gua dah. Untuk angka 1000 itu. Yang paling penting 1000 gopren!
Anak muda yang di atas itu bagitau yang dia tak boleh boleh kerja pagi. Agak keramat juga kata-kata dia,
“Aku bukan taknak bangun pagi, tapi memang tak boleh.”
Dalam hidup gua, takda argumen yang gua gagal bagi respon. Untuk kalam keramat ni, gua terdiam. Ya, gua kalah.
Yang pekerja lelaki gua pula telah menyebabkan kerugian kepada syarikat gua kerana trauma diasak pelanggan wanita yang agresif. Jantan apa diasak dengan perempuan pun tumbang kan?
Melihat sample anak muda masa kini yang loser lagi lembek. Tiada misi dan visi dalam hidup, ibarat babi dan kera menurut Hamka. Gua rasa harus bertanggungjawab untuk menjaga dan mendidik anak-anak gadis 90s dan 00s kelak. Kalau setiap lelaki sejati bela 1000 gopren, insyaAllah selamat mereka!
Kah kah kah.. 😛
Kan Nik Izwan kan?