KISAH GURU DAN BABI.

K

Amaran : Jangan baca kalau anda pemakan babi.

Di Mauritania, babi itu haram dimakan kerana negara mereka kuat beragama. Hatta DNA babi juga tidak boleh ada. Segala berunsur babi juga ditolak. Babi itu haram, haram itu babi.

Di Mauritania ada seorang guru makan-makan. Dia pandai makan bermacam-macam makanan. Juga haiwan-haiwan. Haiwan ternak dan juga haiwan liar. Sampai dia sendiri menggelarkan diri dia pakar makan no1 negara yang patuh syariah di corong-corong radio!

Suatu hari di dalam seminar makan-makan, dihikayatkan seorang anak muridnya telah memintanya untuk demo bagaimana cara makan babi secara live. Dia pun tunjukkan.

Dia panggang babi di hadapan anak-anak muridnya, dia buat rendang, dia buat sup, dia buat satay secara live. Tidak cukup dengan sekadar itu, dia tunjuk cara makan yang betul, cara cicah sos, cara kunyah dan cara telan!

Disebabkan aksinya itu, anak-anak murid dia ada yang mula makan babi. Ada juga yang kata babi yang diorang makan halal, kerana yang sembelih itu muslim dan telah baca bismillah. Babi sudah dimasukkan warna-warna syariah katanya!

Ada juga yang kata babi mereka telah bersih kerana yang haram itu kotoran, guru mereka sudah ajar cara penyediaan babi supaya bersih dan suci. Ada juga yang bagitau, guru tersebut kata, babi yang haram itu hanyalah babi hutan bertaring.

Yang paling lawak, ada juga anak muridnya yang kata babi yang mereka makan halal kerana babi itu telah masuk Islam! Beberapa individu telah berjumpa dengan guru makan-makan tersebut dan bertanya, dia jawab, makan babi itu hal furuq tak perlu bising-bising. Kita di seminar makan-makan, ajar semua.

Begitulah kisahnya, disebabkan demo makan babi secara live dibuat oleh guru makan-makan patuh syariah no1 di Mauritania tersebut, beberapa anak muridnya telah makan babi dan kata babi halal..

Nau’zubillahu min zalik..

Semoga Allah jauhkan kita semua dari makan dan minum benda-benda haram dan ditipu kapitalis jahat yang mengajar kita makan babi.

#TazkirahDiMauritania
#HEILB40
#NYAHKAPITALISJAHAT

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.