Semalam 1 hari aku dan Nik Izwan Kamel duduk bertalaqi dengan market wizard lagenda, guru kami yang mulia.
Ada 2 perkara yang aku nak kongsi,
1. Bila aku kata dengar Bursa tak allow sifu-sifu saham tunjuk trading record/history @ p&l mereka.
Jawapan ringkas beliau,
“Apa pula macam tu, you punya bank statement, you nak tunjuk, Bank Negara marah ke? Akta mana tu?”
2. Bila aku kata ramai sifu-sifu saham di Malaysia bagi excuse gagal emosi.
Beliau balas,
“Sistem dan sop yang betul takkan diganggu emosi, sebab itu kita tak trade. Saya tak trade. Sistem trade untuk saya. Kita tak boleh lawan market, kita ikut sistem, kita ikut market. We are not smarter than the market..”
—
Jangan trade saham. Trading saham bukan untuk semua orang.