MAKAN DI MAMAK SAKIT PERUT?

M

Aku ada isu makan kat mamak, selalu sakit perut. Biasanya lepas aku sakit perut, aku akan survey kawan-kawan yang makan sekali. Nak check balik apa isu. Makanan mana yang ada masalah. Korang jangan pelik aku tak suka sangat lepak mamak yang aku tak kenal.

Mamak yang biasa aku makan ni tak pernah buat aku sakit perut selama ni. Biasanya isu mamak ni salmonella lah. Apa lagi kan? Pagi ni aku sakit perut. Biasa aku akan cari buah-buahan, tapi kalau ada kurma, aku memang makan kurma. Kemudian aku akan minum air madu. 4 sudu madu (simbolik bini 4) dengan air suam.

Rumah aku skangni, memang sentiasa ada spare kurma yang aku amalkan kalau sempat. Aku ada kurma ajwa. Madu memang adalah. Khasiat ajwa ni kau jangan nafikanlah. Secara sains pun dah power, ini pula ada hadis sahih tentang itu.

Nabi SAW bersabda :

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]

Sambil mengucah, aku mengharapkan mujarab dan keberkatan dari kalam Nabi aku. Ya, sebagai orang beriman, pastilah aku sami’na wa ata’na bila hadis itu sahih.

Teringat aku ajaran buzruk-buzruk, elders-elders dan maulana-maulana karkun,

“Ada sunnah, pasti ada kejayaan..”

Alhamdulillah, selepas 30 minit, keracauan perut aku akhirnya reda.

Sebelum aku keluar rumah, aku hirup green tea untuk menambah anti-oksidan dalam badan..

Korang nak amalkan makan kurma, madu dan green tea boleh usya link-link berikut..

Kurma : https://ifmal.com/product/al-madinah-ajwa-dates-jumbo-1kg/…

Madu : https://ifmal.com/…/honest-to-goodness-organic-raw-honey-…/…

Green tea : https://ifmal.com/product/mr-genmai-cha-tea-bag-50p/…

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.