NAK BELI APA, NAK BUAT APA, MESTI KENA SCRUT DULU! TERMASUK NAK BELAJAR SAHAM!

N

Dulu, sebelum SCRUT wujud, orang beli kereta recond tanpa tahu condition sebenar kereta di Jepun mahupun di UK. Banyaklah penipuan berlaku. Ia dah jadi industri standard. Pusing mileage, jual kereta accident dan banjir adalah normal. Kerana masyarakat tiada access tersebut dan SCRUT belum lahir.

Sekarang, setelah SCRUT muncul. Masyarakat telah mula bijak dan cakna. Mereka bukan sekadar nak view kereta, nak test drive. Mereka minta no chasis untuk check condition sebenar kereta di Jepun mahupun UK. Mula-mula memang industri bising. Tapi akhirnya industri standard yang telah lama menipu masyarakat itu telah berjaya ditukar sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, ramai yang dah SCRUT dulu sebelum beli. Dah macam-macam cara untuk SCRUT supaya hak masyarakat untuk dapat yang terbaik dijamin.

Hari ini, aku mula kempen untuk guru-guru saham yang nak jual system/method/ajaran/ebook/strategy untuk buktikan dulu yang dia sendiri berjaya dengan system/method/ajaran/strategy yang dia nak jual dalam kelas mahupun ebook, melalui menunjukkan trading history/record PnL mereka selama ini, backtesting, bagi tips dan live trade.

Tapi apa yang aku ajar nampaknya belum lagi diterima oleh masyarakat lebih-lebih lagi yang dah taksub dengan guru mereka. Mereka in-denial. Industry standard guru saham ini adalah pakai tie dan coat, tunjuk hijau bila untung, dan sembang teknikal boombastic. Basically lawan marketing je. Tiada satu pun yang berani membuktikan yang mereka sendiri trader berjaya sebagai marketing. Nak tengok record dia kena bayar dulu, masuk kelas dia.

Ibarat nak tengok auction report, kau kena sign agreement jual beli, dah beli, baru tunjuk. Sebab itu mana-mana anak murid guru saham ni tak berani pun bila aku ajak tunjuk depan aku backtesting. Tiada sorang pun berani. Sebab mereka tau, mereka sendiri pun gagal. Mereka sendiri pun tak boleh jadi trader berjaya. Macam mana nak berjay, guru mereka pun buat duit dengan kelas je. At last, mereka pun bersama-sama yang lain, jual affiliate, jual e-book, dan pertahankan industry standard tersebut.

Mereka mengajak lagi ramai manusia untuk ditipu dengan industri yang sedang menipu. Aku bising-bising ni apa aku dapat? Aku tak buka kelas. Aku tak ngajar. Apa aku dapat sebenarnya? Aku dapatkan sampaikan ilmu yang aku telah belajar. Ilmu theory of probability dan ilmu mengenal system yang menjadi.

Korang tak percaya? Terserah!

Sesiapa yang pernah belajar dengan mana-mana guru saham yang boleh buktikan system dia menjadi, mehla tunjuk dekat aku untuk backtesting randomly. Aku tunggu. Kalau ada lah…

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.