KISAH MUHAJIRIN DAN ANSAR YANG DISALAH ERTI!

K

Ada beberapa lebai jadian kata, kita kena jadi macam kaum ansar menerima penghijrahan orang Rohingya kerana menganggap Rohingya sebagai muhajirin.

Dulu aku dah pernah cadangkan buat diorang. Ambillah orang Rohingya buat pekerja kau. Itulah semangat ansar yang mereka perlu tunjukkan.

Aku tak minta kau bagi bini, bagi harta macam ansar Madinah. Aku minta mereka ambil mereka kerja. Yang perempuan kau ambil buat bibik.

Haram sekor pun taknak ambil! Time nak tunggang agama laju je. Kalau aku suruh betul-betul ikut cara ansar Madinah kang baru kau tau.

Anyway, dalil agama ini ada teks dan konteks. Bukanlah ia difahami secara literal especially dalam hal muamalat yang mecakupi hal kenegaraan dan politik. Fiqh kedaulatan negara dan kemanusiaan perlu dinilai dengan neraca yang adil.

Faktor masa (zaman) dan tempat (waqi’) sangat diraikan oleh para ahli fiqh. Jika mahu memilih aliran literal, literal betul-betul dan amalkan untuk diri sendiri dahulu. Jangan pilih-pilih mengikut nafsu.

Pilih ikut nafsu inilah yang dipanggil tunggang agama pakai helmet!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.