SELAGI ADA PENUNGGANG AGAMA YANG MEMBELA, SELAGI ITU MEREKA BERMAHARAJALELA..

S

Agama juga biasanya digunakan sebagai talian hayat oleh orang jahat. Walaupun selama ini mereka tidak pernah ambil kira apa yang tuhan suruh dan larang. Bahkan, Firaun di akhir hayatnya juga mencari tuhan.

Dalam dunia penerbangan, popular dengan ungkapan ini,

“There is no atheist during flight emergency.”

Masa kecemasan, yang konon tidak beragama pun berkata,

“Oh my god, please save us.”

Anyway, begitulah manusia. Agama menjadi bahan tunggangan dan talian hayat. Orang agama pula digunakan sebagai keldai untuk ditunggang.

Begitulah sifat manusia. Bila sudah tiada hujah, tiada peluru data dan fakta untuk menjawab aku. Jadi mereka menggunakan peluru adab penurut kefahaman sesat mereka. Kononnya menggunakan agama. Agama larang, bla bla bla.

Walhal, dari awal agama melarang menunjuk-nunjuk, tabarruj dan buat tadlis dalam berniaga. Bila peluru adab digunakan, maka jelaslah mereka tiada hujah yang solid. Tiada dalil yang qat’i, sahih dan sarih untuk membantah kritikan aku.

Aku juga mempunyai hujah aku tentang adab. Adab adalah perkara yang sangat subjektif. Boleh jadi perasaan kita yang mudah terguris, kita menganggap ia sebagai kurang atau tiada adab. Yang pasti peluru adab akan digunakan bila tiada hujah.

Aku kongsikan kalam al-Imam Abu al-Jauza’ rahimahullah yang aku boleh kira sebagai tiada adab.

Al-Lalaka’i menukilkan bahawa Abu al-Jauza’ berkata, “Sungguh kera dan khinzir berjiran denganku lebih aku sukai daripada aku berjiran dengan salah seorang daripada mereka – (ahli bid’ah).” (Lihat Syarh Usul al-I’tiqad, 1/131)

Boleh saja al-Imam itu menggunakan bahasa yang lebih sopan, halus dan lunak menurut kita. Kenapa perlu digunakan kera dan khinzir sebagai bidalan?

Takpa, aku bawa kata-kata dari ulama’ nusantara pula, Haji Abdul Malik Karim Amrullah rahimahullah atau lebih dikenali dengan gelaran Hamka. Kata beliau kepada mereka yang taknak bekerja bersungguh-sungguh,

“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.”

Mungkin kita boleh kata,

“Apalah Hamka ni, nak samakan manusia dengan haiwan. Boleh je guna contoh lain..”

Kan?

Maka aku simpulkan, adab itu sesuatu yang subjektif untuk dinilai. Maka nilaian yang sebenar adalah melalui fakta dan data. Kalau nak main dan meraikan persepsi adab menurut musuh kita. Musnahlah tamadun dengan laungan adab saja.

Kalau kau bersopan santun, berlemah gemalai, tapi kau menipu orang. Adakah itu dikira beradab?

Jangan takut untuk mengkritik kerana kebenaran. Persetankan segala lebai yang menggunakan terma agama untuk mempertahankan kebatilan dan kemungkaran.

Kita lawan!

Allahul musta’an..

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.