KAMI DAH BERDAFTAR DENGAN KKM!

K

Bersusah payah budak-budak tak cerdik ni nak pm aku tunjuk produk idola dia ada KKM. Apa tujuan? Untuk apa? Pasti untuk menjilat idola dia yang dia kagumi tu.

Anyway, sejak bila aku cerita pasal merkuri ke apa? Ada aku sebut pasal KKM ke? Aduh, itulah, budak tak cerdik pasti disokong oleh orang bangang.

Biar aku explain, memang biasanya segala kilang oem ni dah cukup syarat untuk mendapatkan NOT KKM. Pendaftaran ni untuk adalah untuk mengesahkan produk tersebut selamat dipakai dari sudut content/bahan kimia yang digunakan. Bukan mengesahkan EFFECTIVENESS (KEBERKESANAN) produk tersebut.

Aku ulang.. IA TIDAK MENGESAHKAN EFFECTIVENESS PRODUK! Faham? Jadi mungkin ia sekadar placebo effects sahaja. Itulah maksud produk sampah menurut aku. Produk yang tidak memberi kesan atau impact. Macam junkfood, boleh makan, ada cop halal, tapi menyihatkan ke tak? Bagus ke tidak? Kalau takda kepastian effect dia, baik kau sapu air mineral je, lagi murah. Ada KKM juga kan?

Bagaimana nak tau how effective produk itu? Mestilah diuji secara saintifik dengan methodology sains. Faham? Sebab tu kau kena pergi sekolah, belajar sampai faham. Bukan bangga kau bodoh, pastu jadi kaya sebab jual produk sampah.

Dalam sains, bermacam-macam ujian dikenakan untuk mengesahkan sesuatu hipotesis. Dari animal trial, human trial dan placebo… Semuanya dibuat dengan control environtment dan variables untuk memuaskan segala argument dalam sains, bagi memastikan integriti kesan penggunaan sesuatu produk.

Kemudian kajian tersebut direkodkan dan buat journal untuk diteliti/disemak oleh pakar-pakar lain di luar itu. Itu yang wujud journal Q1, Q2, Q3, high impact, low impact. Kau tau tak benda alah ni?

Bro, produk dia ada testimonial! Ramai orang kata mujarab!

Dalam sains, testimonial adalah perkara yang terakhir barangkali akan dilihat atau mungkin diabaikan. Testimonial boleh dicipta dan direka oleh sesiapa pun. How to prove it? Dakwaan doktor pakar recommend pun tak menjadi hujah dalam sains. Itu pun entah betul atau tidak, kan?

Even product owner atau founder pun mungkin telah ke Dr. KoNG Skin Specialist untuk mendapatkan rawatan supaya kulitnya cantik dan flawless. Kemudian dicanang kononnya menggunakan produk timbang kilo dari cetusan ideanya yang boleh dapat NOT dari KKM!

Are you a chemist? Scientist? Biologist? Dermatologist? Pandai pula kau nak sembang tentang bahan-bahan ni punya effect dekat kulit. Macam mana kau boleh decide campuran itu dan ini boleh buat kulit makin sihat dan cantik? Kalau saintis pun terikat dengan methodology sains, kau siapa?

Sains tidak menipu. Sains tidak menghina akal manusia. Sains memacu masyarakat supaya tidak dibodohkan.

Jangan terus dibodohkan! Jauhi Projek Pembodohan Rakyat (PPR)!

#HEILB40
#HEILM40
#heilb40m40
#POM

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.