Aku memang tak trade Bursa. Bursa bukan efficient market. Tapi disebabkan Bomoh Bursa dah kongsi kajian dia. Aku pun bukalah CDS account untuk tekan mengikut kajian dia.
Aku kira macam taqlid buta lah, aku tak tweak, twerk pun tak, aku tak buat adjustment. Aku tekan sebelum market buka, kalau tak keluar hari yang sama, aku buat cutloss, tunggu swing, aku target 5% je swing.
Tapi modal aku tak besar pun. Aku letak RM10,000. Bukan RM10 macam ada si bingai tu sembang. Aku realize yang RM10,000 ni pun sikit. 1% baru RM100, belum tolak broker fee etc lagi.
Lepas tu takkan kau nak masuk 1 stock je? Sangat tak logik. Jadi RM10,000 pun tak logik nak trade. Buy and hold boleh. Atau value investing je. Berdagang? Entahlah, kalau ada orang boleh tunjuk P&L dia, baru boleh sembang. Takat ni takda.
Daripada 249 stock yang Bomoh Bursa keluarkan, aku hanya sempat dan mampu untuk masuk 25 stock saja. 5 kaunter loss, 20 kaunter profit.
Pun aku kira masih 80% jadi. Number of win lebih dari number of losses. Number of profit bigger than number of losses.
Sebenarnya apabila Bomoh Bursa bagi frequency, maka terpulang dekat aku nak pilih masuk yang mana. Record Bomoh Bursa adalah 90%, mungkin aku yang tak bernasib terpilih stock yang salah. Walhal ada stock lain.
Kesimpulannya, kalau kau nak earn more, memang kena modal banyak. Kalau modal kau banyak, opportunity kau lagi besar. Dengan bantuan kajian Bomoh Bursa, aku rasa kebarangkalian buat untung akan lebih tinggi.
Anyway, di bawah itu P&L account aku. Baru 2 bulan. Aku akan follow sampai 1 tahun. Harap Tok Moh tak stop atau mati lah. Statistics is about big samples to define accuracy. Jangan lupa juga theory of probability.