PERBINCANGAN DENGAN LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI INI (LHDN)

P

Aku akan membawa suara dan keluhan business owner dari kaum STARTUP dan SME tentang falsafah dan perjuangan kita.

Aku akan beritahu mereka betapa peritnya kita rakyat marhaen yang tidak punya gaji tetap, dana bantuan seperti geran dan softloan untuk melalui ranjau yang kian tajam durinya.

Aku akan sampaikan kepada mereka yang kita ini sangat terhimpit diantara kehidupan dan kematian business kita. Mungkin ada yang sedang nazak dan nyawa-nyawa ikan.

Aku akan merayu kepada mereka supaya bersifat ihsan dan insani terhadap kita kaum B40 dan M40 dengan menyokong kita. Jangan mengganggu kita lagi di saat pandemik covid-19 yang tidak diketahui penghujungnya bila.

Biarkan kita survive dan hidup. Biarlah kita berbunga dan berbuah dahulu. Kemudian dipetik dan dicukai hasil buah yang telah benar-benar masak.

Bukan dicukai dan dicantas pucuk yang baru tumbuh, bunga yang baru berkuntum, buah yang yang baru berputik.

Rakyat marhaen sedang marah. Amarah mereka belum berhantu. Jika amarah itu menguasai jiwa. Takut-takut nanti lahir Mohamed Bouazizi baru.

Masih ingatkan kita nama ini? Dia membakar diri kerana hidupnya ditekan kerajaan yang zalim, dipaksa membayar cukai/permit penjaja jalanan tanpa mendapat apa-apa benefit, dia juga dimalukan oleh pegawai penguatkuasa yang datang pow dia di Tunisia.

Akhirnya dia membuat keputusan yang telah mengubah dunia pemerintahan arab yang dipanggil Arab Spring. Dunia memandang tindakan seorang anak muda dengan penuh teliti.

Dunia mengkaji psikologi dan emosi rakyat marhaen. Pengkaji membuat rumusan yang Bouazizi hanyalah catalyst atau pemangkin pemberontakan rakyat marhaen yang selama ini telah memendam satu perasaan yang dipanggil.. “AMUCK!”

Semoga Allah merahmati kita semua dengan sifat sabar dan syukur. Luaskan rezeki kita semua dan matikanlah para penzalim dan ejen kezaliman dengan kematian yang dahsyat.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.