Siapa ingat lagi, dulu aku dan kawan-kawan aku bangunkan Klinik Waqfeya ini dengan tujuan profit sharing dengan kerja amal. Itulah perjanjian yang telah termatri sesama founders.
Namanya Waqfeya kerana ia datang dari perkata waqaf. Ya, ia dimodalkan dengan duit wakaf aku dan kawan-kawan. Dulu ianya teletak di Kuala Perlis.
Ia terpaksa ditutup disebabkan resident doctor ketika itu tiba-tiba meletakkan jawatan dan tidak dapat mencari pengganti di saat Klinik Waqfeya mula mengecapi populariti dan viral dek kerana ini :
https://www.bharian.com.my/…/klinik-caj-tetap-rm20…
Maka, team Waqfeya memindahkan klinik ini ke Ipoh yang diselia oleh Boss Dr. Hameeth Shah Abdul Wahid (Cardiologist). Itu pun setelah melalui pelbagai episod rintangan, ranjau dan liku, barulah Klinik Waqfeya dibenarkan beroperasi.Ia masih baru beroperasi.
Jadi, segala kekurangan dan kelemahan aku dahulukan permohonan kemaafan. Jangan marah-marah dulu ya. Kami sendiri pun tak sempat ke sana lagi dek kerana hal pandemic dan kesibukan hal lain.
Buat orang Ipoh yang tinggal berdekatan dan mereka yang nak suport projek kami ini. Silalah mendapatkan rawatan di klinik ini. Kami akan cuba yang terbaik untuk menjadikan ia sesuatu yang memberi manfaat kepada masyarakat nanti.
Klinik Waqfeya di Ipoh ini terletak di Jalan Damai, Taman Idris. Waze saja Klinik Waqfeya Ipoh.
Doakan projek ini berjalan lancar. Ada 3 pekerja yang mencari rezeki kat sana. Harap semuanya berjalan lancar. Apa-apa pun, hanya kepada Allah yang maha pemberi rezeki kami berserah.