Akhirnya tamat sudah kisah 2 beradik lagenda ini di Osaka. Ada beberapa perkara yang gua nak catatkan dalam kisah 2 beradik ini.
1. Idea untuk terbang sebenarnya sudah lama, seawal era kegemilangan tamadun Islam lagi. Ibnu Firnas telah mencatatkan idea ini dengan penciptaan model glider di Andalusia.
2. Legasi idea ini telah diteruskan oleh 2 beradik dari Dayton, Ohio yang bernama Wilbur dan Orville Wright.
3. Mengambil burung sebagai asas untuk melakukan kajian. 2 beradik ini tiada Phd, bukanlah pelajar yang sangat cemerlang, tetapi semangat untuk merealisasikan idea yang mereka percaya membakar jiwa muda mereka. Kata Wilbur, “no bird soars in a calm.”
4. Dalam era industri di USA, 1 nama besar yang penting wujud dalam sketsa cerita 2 beradik ini adalah “the reluctant genius” Alexander Graham Bell yang memberi sokongan penuh dari sudut komentar sains dan kewangan.
5. Setelah 2 beradik ini berjaya membuat penerbangan dan pendaratan dengan jayanya, jurutera dari Perancis yang benar-benar mahu belajar dan mengagumi idea 2 beradik ini. Tidak hairan hari ini persaingan 2 gergasi penerbangan adalah dari USA (Boeing) dan Perancis (Airbus).
6. Manakala jurutera Jerman dan Rusia pula berfikiran yang barang siapa yang menguasai langit (udara), mereka akan menguasai dunia. Falsafah ini telah diajar oleh tuhan melalui surah al-Fil.
7. Tuhan menunjukkan bagaimana burung kecil yang menguasai udara mampu menumpaskan bala tentera yang besar dengan armada yang terhebat di zaman itu hanya dengan menguasai langit.
8. Dalam buku ini juga menyelitkan kisah bagaimana wang gereja yang dijaga oleh ayah kepada 2 beradik ini telah diseleweng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memberi isyarat, agama telah ditunggang juga zaman itu.
9. Nasihat Wilbur kepada kita adalah, “If I were giving a young man advice as to how he might succeed in life, I would say to him, pick out a good father and mother, and begin life in Ohio.” Maksudnya, jadilah mak dan ayah yang power, bukan loser dan TB, kerana anak-anak kau akan jadi hebat.
10. Nasihat Alexander Graham Bell kepada 2 beradik lagenda ini amatlah baik dan layak untuk ditempa dengan emas ketika Kitty Hawk mereka terhempas mengakibatkan Orville cedera teruk, kata beliau,
“failure is not the opposite of success, it’s part of success.”
Hari ini nama mereka menjadi lagenda, nama kau ada dekat mana? Dalam rekod Facebook
membawang PU Abu?