RAFIZI KEMBALI MENGUTIP DERMA?

R

Selepas Rafizi berniaga tak untung-untung, dia pun kembali masuk politik. Aku dah tolong SCRUTkan before this, boleh rujuk dekat komen pertama.

Kali ini dia kembali collect derma macam dia collect derma Invoke dulu. Tapi dia dah tak pakai invoke, dia pakai Ayuh Malaysia.

Kempen Ayuh Malaysia ini adalah milik Ayuh Malaysia Sdn. Bhd. yang dimiliki 100% oleh Joshua Hwong En-Yao. Nama Rafizi langsung takda.

Boleh rujuk carian aku melalui Interepo (www.interepo.com).

Yang lawaknya adalah, sekali lagi Rafizi kutip derma pakai syarikat sdn. bhd. Lelaki Cina itu aku rasa proxy atau budak suruhan sahaja. Since Rafizi yang fronting.

Cuma aku tertanya-tanya, boleh ke guna syarikat kutip derma. Mungkin duit derma tu dia decalare as revenue la kot. Lagi satu, menggunakan nama Malaysia pada nama syarikat kan tak dibenarkan oleh SSM.

Dulu aku pernah try nak buat IFMAL Malaysia, tapi SSM reject. Itu tahun 2016 tau. Katanya ruling baru dah tak boleh. Tapi Ayuh Malaysia ni Disember 2021. Maksudnya dah dibenarkan ke?

Ke boleh guna orang dalam tolong adjust? Aku nampak pengarah dan cosec Ayuh Malaysia ni orang yang sama. Ada sesiapa boleh share maklumat terkini mengenai penggunaan nama Malaysia dalam nama syarikat.

Kalau dibenarkan guna nama Malaysia dan collect donation, aku nak buat SCRUT Malaysia Sdn. Bhd. dan kemudian aku nak collect donation untuk melawan kebejatan penindasan terhadap rakyat.

Kan? Ada nak derma tak? Dinner kat sekolah mana?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.