KENAPA PAS SOKONG MOVIE MAT KILAU?

K

Macam-macam persepsi orang buat dekat PAS sebab menyokong movie ini sehingga masuk ke panggung wayang. Walaupun dulu PAS mengharamkan wayang.

Cumanya aku nak sampaikan maklumat sedikit tentang pemilik Studio Kembara yang menjadi producer filem Mat Kilau.

Kalau korang SCRUT Studio Kembara, korang akan ternampak nama Abdul Rahman Mat Dali. Aku macam pernah dengar nama ini.

Ohya, setelah aku buat sedikit carian Google, aku dapati, sah! Dia ialah timbalan presiden ISMA. Apa ISMA tu? Alah, yang dulu kempen Arus Baru tu.

Yang masuk bertanding pakai parti BERJASA yang kalah semua seat dan hilang deposit tu. Yang buat kempen Melayu Sepakat Islam Berdaulat tu. Ingat?

Tak ingat? Takpa, aku ingatkan lagi. Yang run Aman Palestin yang sampai beberapa tahun tak audit, kemudian siap menipu konon dapat kebenaran SSM dan bagi alasan-alasan yang menghina akal tu.

Ingat dah? Bagus. Puak ni lah!

Cuma, aku bukan nak cerita pasal ISMA ke, Aman Palestin ke, Yayasan Ikhlas ke, dan macam-macam lagilah NGO dan Yayasan under ISMA ni.

Aku cuma nak kasitau pasal ni.
1. Filem itu aku rasa ia patuh syariah.
2. PAS sekarang dah berkawan baik dengan ISMA semenjak PAS gaduh dengan DAP.
3. PAS pun dah bertanjak dan berkeris dah lately.
4. Kawan-kawan punya movie, takkan tak support kan?

Aku nak sebutlah yang dalam Studio Kembara tu ada Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah yang mana ayatolla ISMA, Abdullah Zaik ada share dan board member. Abdullah Zaik juga trustee utama Aman Palestin tau.

Apa pun, tahniah filem Mat Kilau!

Harap korang semua dah fahamlah kenapa PAS sokong filem ini.

Kalau korang tak percaya, checklah sendiri dekat SSM or ke Interepo (www.interepo.com) untuk semak senarai pengarah dan pemilik.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.