Masa isi borang, hanya seorang saja yang bercita-cita mahu menjadi guru. Selebihnya adalah, doktor, jurutera, saintis, dan akauntan.
Tetapi terdengar seorang demi seorang masuk IPG ketika matrikulasi. Selapas tamat matrikulasi, seorang demi seorang gua dengar mohon ke UPSI dan bidang pedidikan.
Kemudian, selepas yang dilelong matrikulasi tamat ijazah pertama, seorang demi seorang mohon masuk KPLI. Tak lupa juga kawan-kawan yang gagal ke luar negara dengan biasiswa JPA/Mara. Sanggup mohon biasiswa KPM/KPTM semata-mata mahu ke luar negara.
Ini kisah kawan-kawan gua yang jadi guru. Mereka sebenarnya bukanlah berjiwa pendidik. Bila sembang-sembang tanya kenapa tiba nak jadi guru, jawapannya,
1. job security.
2. keje gomen secure.
3. no choice, takkan nak juai insurance.