KENAPA BUDAK-BUDAK THE PATRIOTS MELONCAT?

K

Opocot! Terkejut aku bila Mohamad Jamalee dan Helmi Effendy merentan. Nak suruh buat balik paper July, bulan July dah habis. Kesian betul aku tengok publisher buku pun gagal faham simple punya Bahasa Melayu.

Takpa, aku tolong terangkan balik. Mungkin mereka berdua ini ada narcissistic behavior sampai gagal memahami maksud tersirat dan tersurat yang jelas dan crystal clear apa yang aku tulis, siapa yang aku maksudkan.

Aku mengisarkan tentang salah seorang penulis buku di Patriot yang selama ni suka menggali dan mengorek fakta tetapi apabila rakan sepenulisnya buat hal, dia senyap. Yelah, aku tau yang dia sudah ada video rakaman Zoom tersebut, takkan taknak komen.

Takda pun aku meletakkan beban tersebut kepada The Patriot. Hairan bagaimana mereka boleh berfikir sebegitu. Pasal aku tag The Patriot pun sebab aku mencari di mana Najib Saahari ketika itu kerana dia menghilang. Takkan tag tanya pun salah. Bukankah Jamalee mengaku rapat dengannya juga.

Kenapa Jamalee dan Helmi ini terlalu defensif dan melalut? Seolah-olah nak mengelak daripada dikaitkan dengan Najib Sahaari? Kenapa? Najib ada buat hal ke? Kalau rasa nak berlepas diri, buat jela satu statement yang mengatakan The Patriot tiada kena mengena dengan Najib Saahari. Mudah saja.

Tak perlulah nak meroyan dan nak divert pergi ke partner dialah, suruh hantar munuskriplah. Aku takda kata apa-apa pun. Macam kartun pula aku tengok 2 tunggak The Patriots ini. Sampai cerita aku endorse Mat Rodi pun nak keluar. Itu pun bukti gagal faham.

Itulah aku selalu cakap, bila nafsu mendahului akal, kebodohan akan terlihat jelas. Ya, aku endorse untuk Mat Rodi mengajar NFT sahaja setelah aku menguji kefahaman dan keilmuannya. Aku tak pernah endorse selain daripada itu dan segala “Hi” yang dia buat.

Sejak bila pula aku endorse segala yang Mat Rodi buat? Dia buat MUDA, aku kritik MUDA. Dia dengan Syed Saddiq, aku selalu kritik Syed Saddiq. Jadi, takkanlah aku endorse ajaran saham Najib Saahari? Since dari awal aku telah mengeluarkan usul tentang segala sifu saham dan mengkritik Najib Saahari selama ini.

Selepas aku menyemak kembali fakta-fakta lepas, nampak macam The Patriots yang mengangkat dan melambung Najib Saahari selama ini. Tapi, takpa, atas permintaan diorang, esok aku SCRUT Mat Rodi pula.

Apa adahal!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.