MANA NAK DAPAT SANTAN REAL SEGAR DI KL?

M

Dalam hidup kita ni, mesti telah didoktrinkan yang apa-apa barang yang segar atau fresh, pasti yang terbaik. Betul?

Fresh orange, fresh food, fresh seafood, fresh meat, sampai orang jual susu tepung pun buat label pakai nama fresh juga. Nampak tak, betapa nama fresh itu sangat power.

Aku ni orang kampung. Membesar dengan air tangan mak. Mak aku memang tak suka makan luar. Semua kena fresh. Cili giling buat sendiri, rempah kari buat sendiri. Santan? Memang kena pure fresh!

Pernah sekali aku terbeli yang ada campur air ke stabelizer. Kari padu mak aku jadi kurang sedap. Aku rasa ok je. Mak aku kata,
“Apasal kari ni rasa macam tak kick, aku kurang letak apa?”

Mak aku panggil aku,
“Lep, kau beli santan kat mana?”

Aku pun jawablah kedai X. Mak aku kata, padanlah kurang kick, pakcik X punya santan campur air.

Aku tanya kawan-kawan aku yang chef, diorang pun kata santan fresh memang ada kemanisan tersendiri, kelemakan yang berbeza dan keenakan yang pasti.

Korang orang bandar pakai santan kotak mana boleh lawan santan fresh. Santan fresh liga lain. No doubt kalau ada yang pandai buat santan retort, ia mungkin hampir kepada santan segar.

Baru-baru ini, mak aku nak buat laksa Johor, mak aku cari santan segar. Aku pun terus contact Uncle Santan aka Mohd Erwan Mokhtar. Aku nak esok dia hantar, esok terus dia courier sampai. Masih chill.

Korang kena tau. Memang ada trick secret atau kungfu untuk buat dan maintain santan segar ni. Bukan kaleng-kaleng orang yang tau ni. Level sifu-sifu juga. Uncle Santan ni one of them. Living legend. Sudah lebih 10 tahun jual santan. Dia cakap, 3 tahun dia sontot sebab buat research try and error, sampai dapat real formula.

Setelah mak aku mengesahkan dan bagi 5 bintang kepada santan yang Uncle Santan hantar. Aku tanya dia, selama ni kau manage macam mana? Dia guna google sheet jawabnya. Dia minta aku buatkan sistem untuk order santan segar dengan dia. Korang tau kan? Kerja aku memang suka mendigitalkan apa conventional business. Lagipun, Uncle Santan ni sangat progresif, aku suka dia..

Maka lahirlah..
https://unclesantan.com/

Siapa nak beli santan fresh dan segar, marilah try guna web app ni. Tengah testing dan masih beta. Mohon ampun dan maaf kalau ada masalah.

Boleh rujuk video di bawah untuk belajar cara order!

Santan tan tan terselit, salah selit, salah selit..

😉

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/1124418498493967

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.