CABARAN BUAT MOHAMAD JAMALEE OF THE PATRIOTS

C

Kau boleh meroyan, kau boleh meloncat dan kau boleh merentan. Tapi kau jangan fitnah atau menuduh tanpa bukti. Kenyataan fitnah ini biasanya dibuat bila sudah tiada hujah atau sudah kematian akal.

Nak divert, nak twist, nak pusing, nak coverline atau hatta nak menipu pun, silakan, tapi janganlah fitnah. Takkanlah level pejuang Melayu Islam bertanjak sanggup memfitnah orang bila sudah ketandusan hujah.

Mengatakan aku ENDORSE SKIM PELABURAN dan aku INVOLVE DALAM BUSINESS INVESTMENT NI adalah fitnah yang sangat jahat dan jelas.

Sejak bila pula aku endorse mana-mana SKIM PELABURAN dan aku terlibat BUSINESS INVESTMENT diorang ni?

Aku hanya endorse Mat Rodi boleh mengajar tentang NFT sahaja. Celah mana aku endorse skim pelaburan atau mana-mana business investment. Kalau nak invest, boleh ke www.ifmal.com. Haha!

Anyway, boleh baca balik endorsement aku, kalau gagal faham, tutup jela publisher tu sampai dapat A paper Julai tahun depan nanti. Tapi kalau rasa gagal faham tentang NFT, sampai nak kata NFT tu skim atau business investment, aku kena rest my case la. Tak guna dah cakap dengan sang ruwaibidhah dan si jahil murakkab.

Rujuk :
https://www.facebook.com/106639804995509/posts/231494729176682/?d=n

Maka di sini aku mencabar @Jamalee untuk buktikan di mana aku endorse segala bentuk skim atau investment business. Kaedah dalam Islam yang diambil daripada hadis Ibnu Abbas R.ha,

الْبَيِّنَةَ عَلَى الْمُدَّعِي، وَالْيَمِينَ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ
Bukti ke atas orang yang mendakwa, sumpah ke atas orang yang mengingkari tuduhan ke atas dirinya.

Aku tahu memang takda, aku boleh je nak masuk saman, tapi rasanya sangat kecil la isu ini, tambahan pula kuota aku masuk mahkamah dah penuh. Maka aku menurut kaedah tersebut dengan melafazkan sumpah,

“Wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah tidak pernah meng-endorse apa-apa atau mana-mana skim pelaburan atau business investment yang melibatkan Mat Rodi atau Najib Saahari.”

Jika, Jamalee gagal buktikan, takpalah, tak perlu pening-pening, jika dia masih yakin dan mahu memfitnah aku. Mudah sahaja, buat sahaja sumpah laknat dengan lafaz,

“Wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah dengan nama Allah, yang Aliff Ahmad meng-endorse skim pelaburan atau business investment yang melibatkan Mat Rodi dan Najib Saahari. Jika saya berdusta, laknat Allah ke atas saya.”

As simple as that. Itu pun kalau berani nak teruskan fitnah lagi. Boringlah fitnah-fitnah ni. Aku cerita pasal collection IPO Farmfresh yang dibuat Naguib dan tag The Patriots semasa kehilangan dia. Cuit-cuit rakan penulis yang rajin respond tulisan aku sebelum ini, tapi orang lain yang merentan tak pasal-pasal.

Takpalah meloncat, tapi sampai memfitnah tu, aku rasa sangat insult intelligence. So, kita close case lah dengan kaedah yang diajarkan Islam. Kalau takut takpa, boleh minta maaf, kalau taknak minta maaf pun takpa.

Ohya, aku takda report apa-apa posting Jamalee. So, takyah tuduh-tuduh aku atau buat apa-apa drama. Ke kita nak mubahalah bab ni? Aku suka je dia komen banyak-banyak. Biar orang baca dan nilai tahap IQ dia dekat mana.

Harap sahutlah..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.