Tawaqquf maksudnya berhenti, hold, pause, stand down, mendiamkan diri. Aku kena tawaqquf sebab aku mendapati Azlan Al Amin telah bermubahalah.
Secara prinsip, aku beriman dengan kekuasaan Allah. Allah yang maha pengasih dan penyayang, Allah juga maha adil dan menghukum. Aku berlepas diri daripada apa-apa kenyataan dan sangkaan buruk terhadap dia.
Aku percaya jika dia berdusta, laknat dan musibah akan diterimanya. Cumanya aku kurang setuju mengaitkan keluarga. Kerana orang lain tidak mewarisi dosa dan salahlaku kita.
Jadi aku minta mereka yang mendakwa ditipu, sila buat laporan polis. Lepas buat, sila follow up IO. Jangan tinggal. Kalau ada ramai, buat report ramai-ramai. Then buat press release.
Lantik seorang peguam untuk beri nasihat, apa yang boleh, apa tak boleh. Jangan sampai boleh disaman atau disaman kerana memfitnah.
Sehingga kini, dia masih belum didakwa, ditangkap atau dibicarakan. Di mahkamah sivil mahupun jenayah. Yang dah dapat verdict lagilah takda.
Semoga Allah ampunkan kita semua. Semoga kalian yang mengaku menjadi mangsa, buatlah move sepatutnya.
This is your fight, not me..