ALIFF AHMAD NAK MOHON MAAF!

A

Mula-mula aku nak kasitau, nak minta maaf bukanlah perkara yang susah. Aku boleh minta maaf. Takda isu pun. Tapi aku rasa elok aku cerita dulu. Ohya, aku memang suka block orang.

Biasa orang kena block dengan aku adalah sibodo dan taik, low IQ, kaki mencarut, dan tak faham isu. Takkan kena block pun sentap. Chill la. Rindu nak baca tulisan-tulisan aku ke? Facebook dah bagi button tu, kita pakai je. Aku tak minat berada dalam suasana toksik sama macam korang, aku anggap orang yang against aku tak minat tulisan aku, so aku block jela. Tapi aku takdalah deactivate account macam scammer itik tu. Kan?

Anyway, aku bukan scammer yang mengutip duit orang, tipu orang dengan skim itik, ayam, asnaf, burger, pre-IPO, ipo, jual property scam. Aku juga bukan founder product timbang kilo, jual susu antibiotik, rembat geran gomen cashout dan kaki tunjuk kaya.

Aku juga bukan penghina Nabi dan pendera kanak-kanak OKU. Aku juga bukan sifu saham yang scam IPO, sifu market jadi apa pun boleh untung. Bukan juga orang yang tunggang NGO untuk jadi kaya raya dengan slogan-slogan agama.

Ya, mungkin aku ramai musuh dan haters selama ini, maklumlah, aku bercakap benar dan membantah segala kebejatan yang disebarkan di media sosial. Aku mengkritik dan cuba membetulkan fakta kepada masyarakat.

Aku tak jadi popular dengan flex kekayaan atau tunjuk baik. Aku dikenali disebabkan aku melawan. Aku lawan LHDN, aku lawan lebai jahat, aku lawan sifu saham, aku lawan NGO dan yayasan jahat, aku lawan kapitalis kereta recond jahat, aku lawan taik politik, aku lawan untuk adik Bella yang didera.

Sudah pasti aku dibenci oleh taasuber-taasuber, taik-taik, penjahat-penjahat dan penyokong-penyokong mereka. Kalau mereka bersatu, pasti ada numbers. Tapi, apalah sangat kalau persatuan penjahat punya kesatuan. Pada aku takda nilai. Rezeki, manfaat dan mudarat daripada Allah.

Yang aku promosi tentang diri aku adalah aku tak kaya, aku pakai Axia Kompang. Anak orang kampung, orang susah. Aku cap ayam, aku hanya semut merah. Itu jela yang aku cerita. Tak tunjuk apa material pun. Aku balik untuk berbakti. That’s it.

Maka nak kata aku berlagak, angkuh, apa semua tu. Sangat tak valid. Tapi takpa, itu pandangan mereka yang cakap. Aku tahu siapa aku, apa niat aku, tuhan aku tahu. Apa orang nak cakap pasal aku, aku tak ambil pusing. Tapi kalau lebih-lebih, sampai memfitnah, bila aku masuk saman, jangan tutup account pula.

Kalau korang perasan, selama ini memang karaktor aku akan reply mudah dan simple, sebagai contoh,
“Tuan kena beradab, jangan macam ini, macam itu..”

Aku akan reply,
“Sila unfollow atau block aku..”

Bukan maksudnya aku sombong atau angkuh. Aku rasa aku tak boleh please semua orang. Lagipun, semua itu adalah preference orang nak aku jadi seseorang ikut taste diorang. Aku tak minat. Aku ialah aku.

Kalau aku tunjuk terer sikit hasil trading stock aku, ada yang mesej,
“Macam mana nak start?”

Aku akan reply,
“Jangan involve.”

Sebab aku tau yang kalau asas macam ni pun tak lepas, eloklah jangan terlibat. Bukan sebab aku sombong. Tidak. Itulah cara aku.

Samalah macam kes budak tu. Dia mesej aku cerita pasal dia. Aku dah reply 2 kali ok. Aku suruh submit CV. Dia tanya lagi language apa. So, pada aku dia tak faham apa yang aku tulis. Aku reply jangan apply, kau tak layak. Simple.

Bila aku screenshot pun, aku dah kerat nama dia. Jadi takda isu nak malukan sesiapa. Aku guna untuk beri peringatan saja. Dalam lebih 300 orang yang boleh hantar je CV tanpa tanya language apa, tiba-tiba sorang tak faham. Aku anggap dia bermasalah. Aku tak maki dia, aku tak mencarut, aku tak letak tanda seru masa reply. Tang mana biadabnya, aku pun taktau.

Analoginya mudah, aku dah buatkan platform untuk submit CV. Macam kau submit/buat CV dalam Jobstreet dan lain-lain platform. Ada kau tanya Jobstreet, language apa? Technology stack apa? Samalah concept-nya, kau letak jelah CV kau. Aku bukan open vacancy yang kena ada job description bagai. Sebab itu soalan language apa tak valid. Clear?

Gorenglah apa kau nak goreng, kasi CV kau orang impress. Bukan kau nak kerja dengan aku pun, aku sendiri taktau apa client-client ni nak pakai pada sesuatu masa. Sebab nanti team HR yang akan match-kan, sorting bagai. Itu sebab aku suruh submit je CV. Asal boleh coding since dia budak science computer.

Anyway, contract outsourcing ni bukanlah business aku sangat. Aku hanya tolong kawan-kawan aku yang dah jadi orang besar-besar di MNC dan GLC untuk dapatkan local talent. Selama ni memang diorang outsource ke India dan Vietnam. Aku sendiri pun buka office di Indonesia. Nak dapat talent di sana lebih mudah.

Itu yang aku cakap, nak dapatkan talent local ni kenalah bagi lebih. So, minimum junior level, aku request RM5,000. Di MNC dan GLC punya contract sourcing, pakai mandays. So, minimum RM210/day dan maximum RM1,400/day. Tengok position, project dan experience. Itu pun ada yang kena masuk ikut umbrella contract dia.

Apa isu dekat sana? Diorang memang takda spesify language atau technology stacks. Sebabnya, setiap project kadang-kadang guna language lain, stack lain. Itu sebab aku kata submit je CV. Ada project guna .Net, ada project guna Python, ada project guna Java. Sekarang ni opensource dah start masuk. Jadi tiada ketentuan.

Kenapa aku cakap kena pandai banyak language? Sebab aku faham, budak-budak kita biasa main open source. Tapi selalunya MNC dan GLC main enterprise macam .Net, Oracle, Azure dan lain-lain. Sebelum ini, aku dah pernah panggil, tapi kebanyakannya bila tanya sanggup belajar language lain, diorang taknak. Walhal offer RM600/day.

So, terpaksalah import daripada India yang semua benda boleh. Tapi kerja jahanam. Adalah beberapa anak muda yang ok, sanggup belajar. Aku nampaklah perubahan dia. Tukar kereta, beli moto besar, beli rumah, pergi haji. Yang cakap besar pun ada. Walhal dulu sampai tulis nak bunuh diri sebab stress sebelum masuk sini.

Sebenarnya aku nampak kerja di MNC dan GLC di bawah contract sourcing ni memang good jumpstart atau bridge untuk ke better life. Itu sebab aku tolong promote. Aku ambil tanggungjawab deal-kan sebab kawan-kawan kita di sana suruh aku buat. Bukan aku nak sangat buat. Kita bukan nak cari cheap talent, bukan nak cari full stack tau. Itu sebab aku malas layan yang mengaku berbelas tahun pengalaman sebenarnya tak faham isu.

Ohya, yang bestnya adalah kalau kau terer, kau boleh juggle up to 3 project. Itu yang kalau kau pandai banyak language, banyak stacks, kau memang ada peluang lebih. Ada sorang budak ni, income dia 30k kot sebulan. Sebab dia ambil 3 project daripada 3 MNC/GLC berbeza. Ketiga-tiga project yang language berbeza. .Net, Java dan React kalau tak silap.

Tapi, mungkin kalau tanya otai-otai diorang kata tak bagus, tak cukup banyak. Takda kualiti. Mungkin gaji diorang dah 100k sebulan kot. Kena fokus 1 language. Pada aku, kalau takda complain, kira ok lah. Tapi, it’s a life changing punya opportunity. Pada aku, siapa mampu, buatlah. Aku memang galakkan. Daripada bagi dekat orang luar. Aku happy je untuk connect-kan lebih 1 project.

Cumanya mental kena kuatlah. Sebab gang expat-expat ni dah tau gerakan-gerakan gang local ni nak kick diorang keluar. So, yang baru-baru masuk, memang akan kena bully dan pedajal. Staff aku yang pernah aku hantar pun depress, cakap nak keluar. Lepas aku tanya, kata kena buli dengan macha dari India.

Inilah peranan aku. Report kat aku, aku akan direct cakap dengan boss diorang. So, budak-budak under aku, aku jaga. Kita lawan. Ini tanah kita, kenapa kita nak rasa depress kerja di atas tanah kita sendiri kan? Takkanlah aku takut nak hadap puak-puak import ni. Come on..

Yang analyst pula, memang tikam-tikam belakang ni berlaku. Diorang panggil corporate survival. Jadi, aku taktaulah kalau tempat korang indah. Mungkin bila dah dapat permenant la kot. Masa contract memang tikam-tikam ni biasa. Teringat aku, sorang budak aku nangis-nangis minta tolong aku dan kawan-kawan buatkan corporate deck tengah-tengah malam sebab kena ragging dengan senior contract. Hidup ini keras!

Korang kena tau, dulu local talent diorang tak pandang sangat. Rate pun rendah. Diorang pandang expat. Resource daripada syarikat outsourcing MNC. Lepas gerakan aku dan kawan-kawan aku ni dibuat, rate local naik, technology stacks open source pun dah boleh bawa masuk. Kelebihan contract ni adalah ada peluang diserap masuk sebagai permenant bila kau dilihat sangat penting oleh boss-boss.

Aku harap otai-otai jangan sentap lebih. Cuba fahamkan maksud aku. Aku harap otai-otai juga boleh create peluang pekerjaan dengan peluang gaji yang lebih baik. Tapi kalau korang kata RM5,000 minimum for junior level is too low. Aku minta maaf. Aku salah deal. Harap korang boleh offer better. Aku pass cv-cv junior kat korang or aku suruh diorang contact korang.

Tapi takpa, siapa tak suka aku, silakan. Jangan submit CV. Aku dah buat kerja aku. Itulah effort aku untuk anak bangsa Malaysia. Aku dah terangkan. Sama ada korang nak terima atau tidak. Terpulanglah. Tahniah siapa baca sampai habis. Aku minta maaf kalau ada yang terguris. Inilah aku.

Tak suka aku boleh block, boleh unfollow. Button FB dah sediakan. Aku juga boleh tolong block-kan. Kalau anggap aku block tu koyak, apalah kau nak panggil yang deactivate FB, pakai fake account dan yang ghaib lepas dapat LOD je.

Mana nak hantar CV?
https://jobs.panglima.org

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.