Siapa yang tahu, aku memang nak Rina Harun kalah. Alhamdulillah, dia kalah. Padan muka. Posting aku mengkritik dia secara terbuka telah di-report. Ketika itu aku diserang oleh wala’un-wala’un PAS dan cybertrooper PN. Ketika itu, Aliff SCRUT ni budak Umno dan PH. #TaikLebai dan #TaikPN detected.
Ketika aku SCRUT Zahid Hamidi. Masuklah #TaikUmno yang panggil aku tentera upahan DAP dan PN pula. Dia cop aku PH sebab aku tak SCRUT pimpinan PH. Blogger-blogger tegar Umno siap masuk komen di wall aku minta aku SCRUT juga Anwar Ibrahim.
Kemudian, aku menjawab penipuan-penipuan Rafizi Ramli yang bukan political pun. Tiba-tiba, aku dicop budak Umno, PAS dan Bersatu oleh #TaikPH. Walhal isu aku dengan Rafizi adalah isu aku taknak masyarakat kena goreng dengan Rafizi dalam industri ini.
Bila aku hentak Maszlee Malik pula, taik-taik PH dan PKR serang wall aku kata aku pro-BN, Umno dan PN. Siap buat posting khas. Padan muka lebai korang kalah! Ingat Mekdi boleh tipu orang ke?Selepas itu Uncle Awang SCRUT pula pergi cuit Ikmal dari Bersatu dan PN. Kena balon, kata SCRUT diupah PH atau BN. Dia tanya harga SCRUT pula. Itu yang SCRUT open untuk ambil servis SCRUT politikus.
Maka SCRUT dibayar orang PH untuk SCRUT Haji Hadi. Orang PN bayar untuK SCRUT Anwar Ibrahim, Orang BN bayar untuk SCRUT Muhyiddin Yassin, manakala SCRUT Lim Guan Eng dibayar oleh seorang usahawan Cina.
Ketika itu pun ada juga komen-komen, kenapa taknak SCRUT Zahid Hamidi, Najib Razak walhal dah ada di wall aku. Najib dah masuk penjara. Dah takda keperluan. Pun aku open kat wall aku untuk SCRUT, kalau ada orang nak bayar aku. Haram takda, sembang je. Masa tu kira SCRUT jadi UMNO BN pula la.
Lepas keluar result Haji Hadi clean, pergh merata dicanang. Result Muhyiddin kaya raya, SCRUT kena maki dengan kawan-kawan PN. DAP senyap je bila result Guan Eng ada juga link-link cari makan. Masa Anwar Ibrahim, yang bayar tu siap nak tengok result dulu kata Uncle Awang. Tapi polisi kami tak boleh. Dia kena tunggu dan redha jela apa yang keluar.
Di wall aku, masuk kawan-kawan Facebook yang aku tau sangat #TaikUmno, cop aku PH sebab aku tak cuit Anwar Ibrahim. Maka aku pun tulis padangan aku pasal Anwar Ibrahim. Diorang minta pula pandangan pasal Mail Sabri, pun aku tulis.
Kemudian, aku list down senarai calon yang aku nak dia menang dan kalah. Aku cerita pasal ijtihad politik itu mesti dengan research dan ilmu, insyaAllah dapat pahala. Kena serang dengan kefahaman khawarij dari PN pula. Aku harap PN kalah sebab masih ada lagi minda syurga neraka ini.
Aku tulis lepas dapat keputusan, kita kena kerja juga. Gaji politikus ni besar, diorang tak kisah kita. Nanti diorang kahwin sesama sendiri. Kena jilat ludah balik. Itu pun ada orang sound, tak boleh fikir macam tu. La ni jilat la ludah masing-masing kan?
Lepas tu ada budak PN kata aku penyokong DAP, sebab aku macam tak cuit langsung DAP. Walhal pada aku, DAP is DAP la. Dia nak kuasa je. Bukan kira kau kleptokrat ke, penyamun ke, Islamis ke, Umno ke, hantu ke.
Bila aku kritik politikus yang takda prinsip macam DAP. Aku dicop balik PN pula. Aku sokong cadangan dan pandangan DrMaza untuk DAP tenangkan umat Islam, kena cop wahabi oleh #TaikPH dan aku dikatakan rasis. Aku ni 50% Melayu, 25% Cina, dan 25% India tau. Mana boleh rasis. Takkan kritik DAP jadi rasis, DAP ni bangsa ke?
Aku kritik DAP sebab pendirian-pendirian mereka yang berubah-rubah dan sudah bersama dengan kleptokrat. Ada orang Rom nak report polis. Maka, untuk tenangkan orang DAP, aku letak pendirian, DAP tak rasis dan anti-Islam. Tapi itu pun ada juga orang nak saman aku sebab dia taknak nama dia dikaitkan dengan DAP. Takkan kawan dengan DAP jadi defamatory pula?
Aku suruh doakan pemerintah dengan doa yang baik-baik sebagaimana saranan Imam Fudhail bin Iyadh rahimahullah, aku dikatakan lalang dan dicop sokong PH pula oleh mamat PN. Aku suka Anwar pakai capal. Ada yang kata jangan obses dengan Anwar, diingatkan Anwar sedang berlakon jadi Melayu je tu.
Sebenarnya lah kan, akulah bapak kesatuan #TaikPolitik Malaysia, tak kira parti mana pun. Nak minta SCRUT orang, cari aku. Minta pandangan, cari aku. Kecam pun, diorang datang wall aku. Nasiblah wall aku tak terima sibodo dan taik. Kalau tak mesti penuh.
Akulah orang PH, PN, BN. Akulah penyokong DAP, Umno, Bersatu, Pas, Pkr dan Bersatu. Aku tak cari makan dengan jadi #TaikPolitik or anjing orang politik. Korang ingat aku ni Mat Silau ke? Aku ni bangsa ada tuhan, ada keimanan lah.
Cuba korang rajin-rajin scroll wall aku. Mana tau dapat hidayah. Boleh masuk gang #NonPartisan. Kami ni makan keliling, tembang keliling. Sokong mana yang baik, bantah mana yang buruk. Sebab dahi kami takda cop parti!
Faham? Yang nak kahwin dan dah kahwin ni parti-parti yang korang sembah. Yang tak dapat kahwin marah, yang dah menikah pun malu.
Kenapa?