Sebelum itu aku nak kenalkan. Ini kak ngah aku. Nama dia Zurianty, nama glamor dalam dunia CSR dan aktivisme ialah Mommy Zue. Seorang aktivis yang ada kerjaya profesional.
Dia memulakan kerjaya di Petronas sebagai junior eksekutif bersama-sama dengan Pidomat. Dia tak power macam Rafizi, balik-balik terus jadi manager dan terus gaji 25k. Cumanya Kak Zue memang meat eater, Rafizi suka sotong kangkung.
Kemudian dia ke Khazanah, MOF dan kini di Paynet, subsidiary BNM. Jadi korang kena tau, dia ni bukan cikai punya orang. Dia ada kerjaya. Dia bukan jenis minta sedekah, menjilat penyamun dan ahli politik untuk hidup.
Dia bukan macam penjahat yang dijilat mangkuk yang kalah PRU hilang deposit tu. Yang hidup dia takda apa kecuali menjadi ejen money laundering dan penjualan baby. Menggunakan NGO untuk cari makan. Itu beza Kak Zue aku dengan penjahat itu.
Semalam dia datang. Semalam 1 hari aku kat office meeting, meeting dan meeting. Cari makan, cari rezeki dan cari duit. Aku takda godfather yang ada duit untuk dicuci, takda godmother untuk aku sembah.
Kak Zue tanya aku, cerita gorila dengan ungka semalam tu macam sama dengan cerita dia pernah dengar. Rupanya, ketika dia di Khazanah dia pernah menonton documentary tersebut. Cumanya dia ada versi tambahan.
Katanya,
“Gorila gemuk itu kan, jenayah dia adalah membunuh 5 anak gorila. Itu sebab dia lari dan terpaksa berkawan dengan hamster dan ungka. Si ungka pula, bini kera dia pun ada kes dulu. Telah membunuh 2 anak kera di kampung seberang.”
Aku menggelengkan kepala, padanlah mereka bersama-sama terpekik terlolong seirama. Aku tanya Kak Zue, apa nama kampung kera tu. Kak Zue diam sambil kunya daging wagyu dengan penuh tawadhu’ seraya menjawab,
“Kampung Kera Jongang..”
Aku berdekah-dekah tergelak. Kemudian, aku menyelit tanya,
“Kak, cantik tudung pink ni. Beli mana?”
Dia jawab,
“Ni ha, kau tanya pasal tudung ni, akak teringat satu pengalaman. Kau masa masuk court kes Bella kau ada bau apa-apa tak?”
Aku jawab ada.
“Kau tau bau apa?”
Aku teka,
“Bau peguam yang tudung berkedut dan berpeta tu kan?”
Kak Zue kata,
“Ha, betul la tu. Akak dari kamar pun dah tak tahan bau dia. Tak cuci tudung punya bangsa. Itu kena pakai mask tu. Kalau tak pakai mask, taktaulah..”
Kami ketawa sama-sama teringat perkara jijik itu. Aku ingat dalam dokumentari animal planet je ada kejijikan itu. Rupanya pergi ke mahkamah pun kami terpaksa melaluinya. Aku tak boleh bayangkan perasaan mereka yang duduk dekat-dekat dengan dia.
Anyway, aku sampai hari ini tertanya-tanya apakah sumber income Siti Bainun. Dia kerja apa, busines apa, sampai didapati sangat berduit sehingga dihurung ramai peguam dan macai-macai yang sanggup buat kerja untuk dia secara probono.
Aku ni, korang pun taulah. Meniaga kecil-kecilan, jual kopi Coffee & Koala, ada e-commerce platform IFMAL, ada workshop kereta di Jalan Ampang, Scrut Auto, dan few businesses lagi lah. Mostly business yang consumer driven, takdalah jilat-jilat. Tak pandai jilat.
Kak Mona pula, jutawan pencen yang dah cashout lama dah. Kak Zue, managerial level punya profesional, kawan-kawan yang lain semua ada kerja. Tak menagih duit orang jahat atau nak masuk politik untuk minta sedekah.
Yelah, kami ini membela adik Bella. Buat #JusticeForBella. Bella boleh bagi kami apa? Lainlah yang membela OKT, siap buat hashtag #JusticeForOKT. Apa punya bodohlah. Cerdik lagi ungka.
Kan?