DOA AKU KEPADA RAFIZI RAMLI..

D

Rafizi telah kantoi dalam business, bahkan sembang kencang pasal kejayaan diri dia pun, ada orang dispute dengan data dan fakta. Basically, Rafizi takda track record yang baik menguruskan business dan ada kes gebang vavi tervang yang kantoi.

Rafizi juga seorang engineer, accountant dan usahawan. Dia bukan seorang ekonomis. Jadi memegang potfolio menteri ekonomi tidaklah berapa sesuai sebenarnya. Aku harap dia tidak ego ikut kepala sendiri dan mengambil juga pendapat pihak lain termasuk lawannya.

Tapi, disebabkan Rafizi sering mengeluarkan, berceramah dan berdebat tentang formula-formula hebatnya seperti :
1. Turunkan harga minyak.
2. Mansuh PTPTN, pendidikan percuma.
3. Mansuh tol, lebuhraya percuma.
4. Turunkan nilai USD-MYR.
5. Naikkan pedapatan negara dan rakyat.
6. Turunkan harga kereta.

Aku sangat ternanti-nanti apakah dasar dan direction ekonomi negara yang akan dipacu oleh Rafizi. Aku ada sedikit harapan dekat dia sebab dia pernah berniaga, dia berniaga digital, aku rasa dia faham isu kami-kami ini. Itulah positif side aku dengan dia.

Apa pun, Rafizi telah dilantik. Dia kena buat kerja. Gaji besar dia dapat tu, dia tak kata pun taknak ambil. So, kita boleh push dan tekan dia. Kita juga kena sokong dia. Bukan sabotaj dan gagalkan plan dia.

Kalau dia gagal, ekonomi hancur, kita pun merana. Dia takpalah, gaji nak dekat 100k, ada company value 100m kan? Regardless apa pun kritikan aku terhadap dia, aku tetap mendoakan yang terbaik untuk Abang Raf.

“Ya Allah, kau bantu dan berilah petunjuk kepada saudara Rafizi untuk membangunkan ekonomi negara supaya rakyat marhaen dapat merasai kesenangan dan keselesaan tinggal di Malaysia.”

“Sekiranya dia tidak ikhlas, menipu, dan mengambil kesempatan untuk kepentingan dia, parti dia, dan kroni-kroni dia, kau hancurkanlah dia sebagaimana kau telah hancurkan mereka-mereka yang zalim pada zaman dahulu seperti Qarun, Hamman dan Firaun.”

“Amin..”

Cadangan pertama aku kepada Rafizi Ramli adalah, tolong mansuhkan cukai digital 6% tu. Abang Raf meniaga tekan-tekan ads kan? Fahamkan tekanan ini?

😉

ps : Jangan tanya dia dah pasal skandal LCS yang kononnya melibatkan Zahid dan Najib. Kes selesai dah!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.