Aku taktau.
Cuma, kalau anak aku yang kena, memang aku akan mempersoalkan pengurusan tadika. Kenapa anak-anak kecil ini dipergunakan untuk kepentingan NGO yang pernah ada masalah tidak audit bertahun lamanya.
Kemudian, CEOnya berbohong dalam kenyataan rasmi di dalam media. Setakat tahun ini, laporan audit mereka belum up to date. Bahkan, aku juga telah difitnah oleh beberapa orang pimpinan mereka.
Aku membayangkan bagaima cash syiling ini dikira dan diaudit. Sejauh mana ketelusan dan kejujuran mereka mengira. Sampai hari ini juga kepimpinan mereka gagal menunjukkan pendapatan mereka sama ada daripada NGO atau bukan.
Integriti NGO ini aku ragui. Cara mengutip derma menggunakan kanak-kanak juga aku tak setuju.
Korang macam mana?