INI CONTOH TAASUBER YANG TELAH DIBODOHKAN DENGAN KETAASUBAN TERHADAP TOKOH..

I

Lebih 10 tahun lalu. Nama ini tidak pernah aku kenali. Aku kira, budak-budak baru nak up ni. Baru kenal salapi, baru kenal manhaj, baru kenal tokoh-tokoh yang dia “sembah” ini.

Itulah sebab Karl Marx ada menyatakan dengan jelas,
“Agama adalah candu kepada masyarakat.”

Korang baca apa si taasuber ni tulis. Dakwah kepada keluarga lain, sahabat lain, masyarakat lain, semua lainlah. Untuk justify sikap lebai-lebai yang bias, tidak adil, asabiyah dan sombong. Itu semua script selepas kecanduan dengan seloka agama yang dinyanyikan penunggang agama.

Nak justify idea taasub dia tu, dia telah tajassus keluarga aku. Kononnya ada yang tak tutup aurat. Ini memang perangai salapi wasabi taasubi untuk melawan hujah. Tapi takpa. Aku boleh jawab dan aku dah jawab. Dahsyat tau puak salapi taasubi menjilat tokoh-tokoh mereka. Sampai level break the rules. Haha!

1. Tolong tunjuk saudara mara aku yang mana?
2. Adakah saudara mara aku itu preach yang tak tutup aurat itu tidak berdosa?
3. Adakah saudara mara aku itu atau aku kerap promote dan tunjuk kami sangat akrab bersama?
4. Adakah dosa tidak menutup aurat itu jauh lebih besar dengan penyebaran ajaran khurafat al-Mahdi?

Rasa-rasanya si taasubi ini baru kenal dunia asatizah dan lebai-lebai ni. Takpa, nanti aku akan tulis tentang tokoh-tokoh ini. Mungkin aku tidak banyak bergambar dengan tokoh-tokoh agama itu, tapi isyaAllah ada kot sikit.

Biasalah, aku tak minat nak tunggang orang agama sebagai mana aku tak minat nak tunggang agama. Cuma tanya mereka, mereka kenal aku ke tidak? Mungkin budak yang baru nak up ni perlu aku ajar dakwah macam mana yang nak kena sirr dan jahr.

Begini dik, kalau kebejatan syirik dan khurafat itu telah disebarkan secara umum, ia wajib ditegur secara umum. Tak kiralah, keluarga ke sahabat ke, guru ke, bini ke, scandal ke, anak ke atau diri sendiri. Ia mesti disyiarkan kerana teguran atau pengingkaran itu bukan untuk orang itu semata, tetapi kepada masyarakat sejagat.

Tapi dik, kalau setakat orang itu tak tutup aurat, itu memang pilihan dia dan dia tak preach khurafat macam contoh tak tutup aurat itu ciri-ciri al-Mahdi, yang ini kita tegur secara sirr lah. Tapi kalau dia announce buka aurat itu ciri-ciri pengikut al-Mahdi, pemegang bendera hitam, aku orang pertama yang akan keluar statement. Ngerti?

Oh, Kamil cakap camtu ya? Rasanya Kamil tahu apa yang aku dan masyarakat lain nak daripada dia. Sebagaimana ramai asatizah lain dah sebutkan. Tak perlulah dia nak berlakon ke apa. Dia bukan tak faham dan taktau uslub sebenar dakwah itu bagaimana. Muhaddis bukan penjilat pemerintah, apa lagi tauke kedai mamak.

Selama ini dia boleh tegur secara terbuka tokoh-tokoh lain. Kenapa tak minta no phone dan call je? Dia bukan takda no aku. Kalau dia contact aku pun, aku akan kasitau aku nak dengar teguran jelas secara umum tentang masalah al-Mahdi yang dibawa oleh salah seorang sahabat kami itu. Yang paling penting, inilah yang menunjukkan kecacatan pemikiran dan uslub dia sendiri. Apa ini? Adil? Ini ajaran sunnah dan salaf?

Itulah lebih 10 tahun dulu aku pernah sebut.

“Kesesatan ini bermula dengan asabiyah kataasuban, kemudian justifikasi kesalahan tokoh, seterusnya penyucian tokoh, akhir sekali 1 puak sesat dalam cahaya akan lahir..”

Itu sebablah aku memilih tidak terlalu rapat dengan mana-mana tokoh agama. Aku tak minat nak “bela” atau fund mana-mana tokoh walaupun aku ada kapasiti untuk “membeli” jiwa mereka. Aku hanya kekalkan status quo kami sebagai sahabat biasa.

Kerana apa? Aku bukan penunggang agama, aku juga tak minat nak tunggang lebai. Aku tunggang benda lain lagi best. Korang ingat tunggang agama dan agawaman boleh masuk syurga? Itu kebenaran? Kalau korang fikir macam tu, korang dah sesat.

Istighfar segera!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.