Steady!
Inilah bukti kerajaan Madani dibersihkan daripada korupsi. Bukti mereka melawan rasuah dan korupsi sampai bersih!
Itu hari Zahid Hamidi, ini hari idola aku, Bung Mokhtar pula.
Bung dan isteri telah diarahkan membela diri setelah hakim telah memutuskan prima facie.
Kes Bung dan isteri macam ni.
Masa Bung jadi chairman Felcra, dia telah mengarahkan Felcra Berhad melabur dalam Public Mutual Berhad sebanyak RM150 juta.
Komisen pelaburan dikongsi dan diberikan kepada isteri Bung, Zizie Izzete sebanyak RM2.8 juta. Itu sebab SPRM masuk.
Korang semua kena faham, ejen tu memang sukarela bagi kepada Zizie tanpa diminta oleh Bung atau Zizie untuk share komisen tu. Dia ikhlas. Ibarat orang berbudi kita berbahasa.
Kan?
Takkan salah kan? Itu kira rezeki orang soleh la..
Cumanya luar biasa jugalah dah prima facie pun boleh dibantah.
Tapi itu tak cukup power lah. Zahid punya lagi power.
Itulah aku cakap, yang jahat ni Najib Razak je kan?
Yang lain semua baik, kan?