TAHUN 2015 BERMULA PERKENALAN?

T

Ada orang hantar dekat aku tangkap layar ni. Mungkin aku pernah buat 2 posting memuji Mizz Nina sebelum ini. Itu sebab dia macam nak bakar aku kasi komen.

Katanya lagi,
“Kalau Noh Hujan cakap camni dan dia kahwin dulu, mesti kita akan kata macam-macam, isteri baru dia tu orang ke-3 and so on..”

Ok, lets be fair..
Katanya, 2015 hingga 2022, Mizz Nina masih isteri Noh Hujan. Soalannya, bolehkah seorang isteri berhubung dengan lelaki lain sedang dia masih menjadi isteri Noh?

Pandangan baik aku, mungkin suami baru Mizz Nina yang tunggu Mizz Nina bercerai atau meminati secara diam-diam. Berkawan macam biasa. Penceraian Mizz Nina pun takda cerita pasal siapa masalah pun. Very respectful.

So, apa aku boleh komen. Mereka dah bercerai dan mereka dah berkahwin. Sejauh mana hubungan mereka sebelum berkahwin, aku tak pasti. Korang kena tanyalah Mizz Nina atau Noh Hujan kalau korang jenis Joyah Sport.

Yang terbaik adalah menjadikan hubungan suami isteri adalah privacy dan confidential sahaja. Biarlah korang sendiri tahu apa cerita sebenar korang. Dah terlepas cakap macam ni dan keluar media Murai. Memang datanglah segala spekulasi.

Aku tetap memuji bagaimana Mizz Nina berhijrah dan menghadapi penceraian. Pasal kenyataan ini, aku tak setuju. Apa pun, dia lebih tahu apa yang dia maksudkan. Dia pun tak maksum. Manusia biasa je. Dia juga bukan penghina Nabi SAW mahu pun penghina suaminya di masa lalu.

Betul tak?
ps : Aku bukan PA Mizz Nina.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.