SAHABAT AHLUL HADIS POPULIS TELAH BUAT PENGUMUMAN..

S

Ini berita gumbira buat ummah, sahabat ahlul hadis terkenal, Dr. Kamilin Jamilin, telah sekali lagi buat pengumuman tentang Prince Hashem ialah al-Mahdi yang ditunggu.

Orang yang tsiqah sebegini, yang sentiasa berdamping dan bersama dengan ahlul hadis dan para ulama’ hadis, mustahil berdusta. Bahkan tiada ulama’ hadis yang mengkritik pengumumannya termasuk Dr. Kamilin.

Inilah bukti kebenaran dakwaan ini. Korang dah boleh sorak sorai gembira meraikan kedatangan Al-Mahdi ni. Sahabat karibnya merupakan ahli majlis fatwa 2 negeri, WP Kuala Lumpur dan Perlis.

Manhaj ahlul hadis tidak akan bersama dengan ahlul bidaah, ahlul hawa’ dan ruwaibidhah. Tapi melihat mereka akrab bersama, sudah pasti tazkiyah dan ta’dil sudah diberikan kepada orang yang membuat pengumuman ini.

Walaun dan walanon tak usah gaduh-gaduh. Al-Mahdi akan menyatukan kita dengan hukum tuhan yang di bawahnya keadilan yang mutlak sebagaimana zaman Nabi SAW.

Takbir!
Teringat aku lirik lagu zaman al-Arqam,

“Berjihadlah kita sambil menunggu, berbaris menunggu ketibaanya. Yang sudah pasti akan datang, tiada siapa yang dapat menghalang. Sebagai mara kedatangan, Rasulullah di Madinah, disambut dengan wajah berseri dengan pujian dan syukur.”

—-

Siapa percaya dia bangang!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.