BEZA KES ZAHID HAMIDI DAN MUHYIDDIN YASSIN

B

1. Kes Zahid Hamidi sudah ada prima facie yang diputuskan hakim. Kes Muhyiddin belum ada prima facie.

2. Kes Zahid Hamidi dilepaskan tanpa dibebaskan oleh hakim. Kes Muhyiddin dilepaskan dan dibebaskan oleh hakim.

3. Kes Zahid Hamidi, hakim terpaksa lepaskan disebab pihak AGC yang mahu hentikan pendakwaan melalui rep peguam Zahid Hamidi. Hakim boleh buat apa kalau dah takda orang mendakwa. Buang masa hakim dan mahkamah memang amalam AGC barangkali.

4. Kes Muhyiddin pula, hakim melepaskan dan membebaskan melalui permohonan Muhyiddin terus kepada hakim untuk membatalkan pendakwaan. Bukan melalui penarikan diri AGC.

5. Kes Zahid Hamidi telah melalui proses 3 tahun, seramai lebih 100 orang saksi dipanggil. Semua kos tersebut dibayar oleh rakyat. Tapi rakyat memang happy pembaziran sebegini. No issue! Kes Muhyiddin pula ditolak hakim mahkamah terus tanpa memulakan bicara pun.

6. Kes Zahid Hamidi adalah disebabkan yayasannya menerima banyak duit sumbangan taikun-taikun kerana kesolehan Zahid Hamidi, bukan sebab dia menteri atau timbal balas kerana tolong kasi projek. Tujuan sumbangan kepada yayasannya adalah untuk membayar credit card Zahid Hamidi selain untuk kerja amal Zahid Hamidi melalui yayasannya. Atas sebab itu AG baru tarik balik pendakwaan untuk mengumpul bukti baru walaupun hakim dah buat keputusan wujud prima facie.

7. Kes Muhyiddin pula, derma politik kepada parti Bersatu. Antara pendermanya adalah Syed Mokhtar. Rasanya Syed Mokhtar takkan jadi saksi pendakwaan kot. Itu sebab awal-awal lagi, aku dengar kes Muhyiddin, aku rasa payah nak lekat. Sebab takda direct ke account Muhyiddin. Nampaknya hakim bersama-sama dengan pandangan kami.

8. Tolong jangan bodohkan rakyat untuk samakan kes Zahid dengan Muhyiddin. Lain sangat. Kes Zahid AG tarik diri, kes Muhyiddin hakim yang tendang pendakwaan.

9. Ketakutan aku terhadap AG baru ini adalah, mungkin dia boleh arahkan, atau tukar, atau ganti DPP yang handle kes adik Bella dalam rayuan Bainun nanti.

10. Cuba bayangkan hari rayuan nanti, DPP tak hadir, tak sedia, ganti DPP baru, buat sambil lewa, main-main, atau worst case, tarik diri. Maka, apa choice hakim nanti selain melepaskan Siti Bainun. Betul tak?

Mengerikan betul AG baru ni. Itulah, dulu aku dah sebut institusi AGC ni memang kena betul-betul bebas daripada kuasa executive.

Kalau Siti Bainun dilepaskan sebab AGC nanti, korang rakyat nak buat apa?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.