Sampai hari ini aku tak faham, notis yang dihantar untuk diselesaikn dalam masa 30 hari, sampai ke pejabat aku ada yang lagi 3 hari nak habis 30 hari, ada yang dah terlepas 30 hari juga.
Hal ini Nik Izwan Kamel dah kasitau dalam mesyuarat dulu lagi isu ini. Sampai Nik kata,
“Puan cuba hantar sampul kosong je, tengok berapa hari sampai.”
30 hari daripada notis itu dikeluarkan. Itulah masalahnya. Katalah LHDN efisien, surat keluar 1 haribulan, terus dihantar 1 haribulan oleh pihak pos. Malangnya kalau pengeposan biasa, tiada jaminan sampai esok.
Hal ini bukan baru. Terutama syarikat-syarikat yang sudah tidak aktif (dormant) atau semi-dormant, yang tiba-tiba digera oleh sistem LHDN secara rawak. Pemilik atau pengarah syarikat pun dah terlupa. Surat sampai ke alamat lama itu dan ini.
Pihak LHDN kena jadi manusia. Kena faham yang apabila wira negara tu datang balik ke pejabat LHDN, maksudnya dia nak selesaikan semua masalah tersebut. Dia tak lari, dia tak menyorok. Jadi, hargailah. Dia datang, dia “self compliance” (pematuhan diri) setelah diingatkan.
Jadi, layanlah. Korang nak buat kutipan. Pembayar cukai nak selesaikan hal cukai dia. Apabila sudah ada sinergi sebegini, orang dah sedia untuk beri kerjasama. Hargai dan bimbinglah.
Ini, orang datang kau tendang sana sini. Sepak sana sini. Lepas tu nanti keluar notis baru, dah kena penalti 45%. Lepas tu keluar notis nak bawa ke mahkamah pula. Apa semua ni? Nak ugut? Nak ancam rakyat marhaen?
Aku teringat kata-kata Dato Nizom kepada aku suatu ketika dulu. Lebih kurang beginilah katanya,
“In my opinion, once you (Hasilian) have to use enforcement to enforce the tax payer, it means you fail to deliver our message, you fail to educate our tax payer and you fail to potray the beauty of our approach.”
Aku ni kalau boleh malas nak gaduh atau bising dengan LHDN. Ramai sahabat-sahabat aku dalam tu. Aku tau ramai yang faham perjuangan aku. Namun, ada juga yang memang sengaja nak mnyusahkan pembayar cukai. Yang ini, aku tentang tak kira dekat aku atau pun sesiapa.
Aku nasihatkan sahabat-sahabat pembayar cukai sekalian, jangan takut dan lari apabila dapat apa-apa notis, buat surat dan datang hadap LHDN, kalau korang bukan nak lari. Ramai kat sana tu baik-baik. Boleh tolong. Yang jahat, yang kurang ajar ada 2-3 kerat je.
Apalah sangat nilai cukai korang yang diorang nak beriya lanyak. Tak sampai 1% pun nilai Aspen Group yang dari Singapura tu. Kalau Aspen Group boleh dapat diskaun lebih 68% dan ansuran selama 6 tahun, takkanlah kita yang ciput ni diorang tak boleh kasi. Takda kesan apa pun.
Kan?
Tadi, aku terus hantar borang N dan Q ke LHDN Cawangan Bangi untuk beberapa syarikat aku yang tak aktif dan semi-aktif yang baru dapat notis taksiran. Alhamdulillah, pegawai LHDN disana telah terima dengan baik dan faham.
Tahniah buat LHDN Bangi kerana memudahkan pelanggan dan pembayar cukai nak jadi Wira Negara!