Aku mulakan dengan peringatan yang jelas. Aku ni pembayar cukai. Aku bukan pelari cukai. Aku sentiasa memberi kerjasama kepada LHDN secara profesional dan mengikut jalan profesional yang ada. Tapi, kalau jalan profesional diorang susahkan aku. Aku terpaksa guna jalan anarki.
Selepas pemergian bos lama LHDN Dato’ Dr. Nizom Sairi, aku lihat gagasan A-E-S (awareness, education, dan sevices) dan “self compliance” yang menitik beratkan semangat imej baik LHDn telah mula terhakis.
Terbaca banyak keluhan rakyat marhaen di group LHDN Cari Siapa Hari Ini? tentang ketidakpuashatian pembayar cukai terhadap layanan pegawai-pegawai LHDN. Aku juga ada terkena. Tapi aku sabar dan aku selesaikan.
Beberapa minggu lalu, aku telah menghantar borang N dan Q. Sudah pastilah bukan aku yang hantar. Pekerja akulah yang hantar. Pekerja aku ialah wakil aku, dia manusia, bukan bola yang sesiapa pun boleh sepak terajang, dan dia juga pembayar cukai. Dia juga patut dilayan seperti aku.
Korang tau tau, dia suruh balik bawa borang baru yang tak tulis tarikh. Korang tau tak, apabila mana-mana pihak tak bagi tulis tarikh, takut untuk cop terima, apa maknanya? Maksudnya dia pemalas! Bila tiada tarikh, dia yang akan tulis, jadi dia boleh tulis tarikh bila dia mulakan kerja! Dia nak beli masa (buy time)! Nanti dia “blame” kita!
Lepas aku sendiri buat panggilan tanya apa sebab dan perkenalkan diri. Terus boleh terima. Aku cerita dekat sahabat aku, seorang pegawai LHDN yang baik dan berakhlak tinggi. Dia kata,
“Diorang taktau tu syarikat kau bro! Kalau dia tau, dia tak berani punya!”
Aku balas dengan rasa sangat kecewa,
“Perjuangan aku dulu, bukan untuk aku bro! Untuk semua orang! Tak kira la yang datang tu siapa. Kena hormatlah. Bukan untuk aku sahaja!”
Apa yang menjadikan aku marah semalam adalah tindakan pegawai bernama Faatihah yang tidak mahu menerima borang Q yang aku hantar. Sudahlah surat daripada Shah Alam, tapi ditendangnya ke Klang. Sampai sana disidai dan ditendang macam bola pula. Mentang-mentang yang datang tu pekerja aku.
Selama ini, aku hantar borang N dan Q sekali harung sahaja. Fungsi borang N adalah permohonan lanjutan masa, manakala fungsi borang Q adalah untuk rayuan/bantahan/pertikai (dispute) taksiran yang dikeluarkan daripada langit oleh LHDN. Banyak isu teknikal yang perlu dibincangkan.
Kali ini, di Klang dia suruh aku hantar borang N sahaja dan kena tunggu 6 bulan untuk hantar borang Q. Dalam masa 6 bulan ni, kau nak penalti aku? Apa punya tak efisien cara kerja kau ni? Jalan sekali lah! Aku nak bayar cukai, bukan lari cukai! Kita kira cepat-cepat, setel cepat-cepat, korang dapat duit, dapat KPI. Apa kau harap sangat daripada syarikat “semi-dormant” ? Ingat ada duit macam Samudera Champa? AmanPel?
Sudah pasti aku mahukan segala dokumen yang dihantar dicop terima. Ini amalan standard mana-mana syarikat. Kalau tak, pekerja aku menipu tak hantar pula. Korang pula boleh menipu kata tak terima. Cop terima atas salinan sahaja, apa masalah sangat?! Apa berat sangat? Apa takut sangat?
Si Faatihah ni kasitau yang arahan daripada pihak atasan jangan cop terima. Terpinga-terpingalah pekerja aku yang taktau apa tu. Tugasnya hanya menghantar surat tersebut. Maka, CFO aku telah bercakap dengan dia dan minta dia tunjuk bukti segala arahan tersebut.
“Basically, talk with facts la!”
Dia putuskan talian atau talian terputus dan tak buat panggilan balik. Apa punya biadab perangai minah ni? Kau nak apa? Nak buli kami ke? Jadi, pekerja aku pulang bawa balik borang Q aku.
Memang menyiraplah aku bila tau yang nanti kena datang balik hantar borang Q pula. Juak-juak LHDN yang takda akal ni ingat rakyat marhaen ni banyak duit dan gaji besar macam diorang? Hujung bulan gaji masuk, tiap tahun dapat bonus?!
Usahawan SMe dan Startup macam kami ni, setiap sen kami kira! Setiap saat masa kami berharga! Kami hanya nak hidup! Nak “survive”! Dah kenapa nak buang masa kami? Nak tambah kos kami? Kalau itu arahan pihak atasan, arahan tersebut adalah arahan yang BANGANG!
Aku anggap tindakan si Faatihah itu sangat biadab dan kurang ajar, tiada simpati, empati, budi bicara dan hikmah melayan pembayar cukai, orang yang nak bayar cukai, rakyat marhaen, kaum SMe dan startup, M40 dan B40.
Aku nak ingatkan juak-juak LHDN yang sudah hilang akal budi, tolong buat kira-kira, tolong tanya diri korang sendiri, layanan apakah yang syarikat kapitalis Singapura ini dapat? Daripada RM175 juta, dapat dikaun jadi RM54 juta. Cuba kira berapa diskaun kapitalis Singapura ni dapat?
Lepas tu dapat bayar perlahan-perlahan secara ansuran selama 6 tahun. Kalau korang nak jilat kapitalis pun, janganlah pandang enteng rakyat marhaen!
Faatihah, kami ni bukan baru kenal LHDN ya!