ADIK BELLA APA KHABAR?

A

Ramai yang bila jumpa aku tanya pasal adik Bella.

“Adik Bella apa khabar bro?”

“Adik Bella duk mana sekarang?”

Mari sini aku cerita. Adik Bella tak pernah kenal aku, aku juga tak pernah jumpa adik Bella. Yang pernah kenal dan jumpa adik Bella ialah Syed Azmi. Itu pun dia konar sana sini.

Jadi aku taktau apa khabar dia sekarang. Aku difahamkan dia selamat di bawah jagaan JKM. Makin berisi dan montel kembali. Tidak seperti ketika dia tinggal di condo yang peguam tu cerita best sangat tu.

Jadi kenapa kau lawan untuk dia sedang kau tak kenal dia?

Mungkin itu soalan seterusnya. Kan?

Wallahu’alam.

Aku pun tak tahu kenapa aku tergerak melakukan gerakan yang menggegarkan Malaysia. Tapi dalam kes #JusticeForBella ini, aku belajar dan faham kebejatan yang super jijik yang wujud dalam institusi dan industri NGO.

Hanya kerana Bella seorang OKU, kanak-kanak perempuan yang tidak petah bicara dan dia sebatang kara. Bukan anak VIP, bukan anak sesiapa. Dia hanyalah Bella yang dijumpai di bawah jambatan kurang 10 tahun lalu. Maka ada pihak-pihak yang cuba mendiamkan kezaliman terhadapnya.

Ketika itu tiada mana-mana NGO, politikus dan orang ternama yang benar-benar mengambil peduli tentang kezaliman yang berlaku kepada adik Bella. Ramai yang datang hanya untuk mendapat tempias viral, kemudian pergi. Ada yang dibayar, digertak, hilang dan ghaib terus.

Yang tinggal hanyalah, Kak Mona, Mommy, aku dan korang-korang. Kami yang bermati-matian berusaha menegakkan keadilan buat adik Bella. Kami terus menerus melakukan public pressure, menjawab fitnah-fitnah puak di sebelah sana.

Hingga hari ini, kami masih lagi bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Kes ini bukan kes biasa, ia susah. Kalau orang biasa, pasti sudah lama ke dalam. Tapi ini kes, tidak. Dalam masa yang sama, kami sendiri diserang kiri dan kanan untuk melemahkan kami.

Pelajaran yang aku dapat, kita dapat kenal syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia. Yang sanggup membela pihak yang mencederakan adik Bella hanya kerana membenci kami bertiga. Mungkin mereka gembira melihat isi kulit adik Bella dibakar sebegitu dahsyat barangkali.

Tapi takpa, dek kerana adik Bella survive-lah maka terlerai segala rahsia, segala nista dan segala kebajingan manusia-manusia yang hanya bertuhankan nafsu dan mementing diri. Tanpa memikirkan maslahah yang lebih besar, simpati dan empati terhadap nasib adik Bella.

Apa pun, #JusticeForBella menjadi bukti yang syaitan itu sangat ramai dan pelbagai. Aku tak kenal adik Bella, tapi aku dapat merasai kezaliman yang dilakukan terhadapnya. Bukan hanya pendera, para penguasa dan mereka yang menjalan proses undang-undang juga curang dalam membela nasib anak OKU itu.

Aku harap adik Bella doakan aku. Doa orang yang tiada dosa ini maqbul katanya. Kan?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.