THANKS CEO LHDN!

T

Tadi, aku telah menziarahi dan melakukan kunjung hormat kepada CEO/KP LHDN, Datuk Nizom, alhamdulillah pertemuan kami sangat baik. Beliau juga peramah orangnya dan sangat peramah. Pertemuan ini hanyalah berjumpaan 4 mata. Hanya sembang santai.

Aku seperti biasa, pasti ada agenda yang aku nak ketengahkan. Aku menuntun sama gagasan yang aku bawa iaitu aku mahu LHDN bersama-sama rakyat, memahami denyut nadi rakyat. Beliau nampak setuju dengan segala luahan dan idea aku.

Antara cadangan aku adalah memberikan appreciation atau reward kepada pembayar cukai yang baik, yang dah sampai certain limit. Sebagai contoh, kad wira negara. Kad ini akan menjadi kebanggaan pembayar cukai.

Mungkin boleh diberikan kelebihan seperti fast lane atau first class untuk segala urusan dengan kerajaan, agensi kerajaan dan di airport. Selain diskaun 1-2% setahun. Yelah, penalti ada, takkan reward takda?

Datuk Nizom juga mahu mengembalikan imej LHDN kepada imej yang sepatutnya. Imej yang baik, imej seorang fasilitator, kerana pada hemat beliau, kerja mereka adalah facilitate pembayar cukai. Bukan imej lembaga yang jahat.

Basically, apa harapan aku dan kita semua, aku kira Datuk Nizom sangat faham dan tahu. Beliau terima segala nasihat dan complain kita. Aku berharap beliau mengambil serius setiap kata-kata aku.

Aku menghadiahkan beliau 3 buah buku. Kerana aku percaya buku adalah pelitu kehidupan.

1. Lembaga Hidup – Buku karangan Buya Hamka aku kira mampu memimpin beliau untuk menjayakan agenda reform imej yang beliau mahu lakukan.

2. Fiqh Ekonomi Umar al-Khattab – Buku karangan Dr. Jaribah yang telah diterjmahkan. Buku ini sangat baik untuk mereka yang mahu memahami ekonomi Islam menurut kanta mata dan praktikal Umar.

3. 50 Dalil Kenapa Anda Wajib Memiliki Bitcoin – Buku tulisan aku dan pasukan coin.my yang tiada tolok bandingnya jika ilmu dalam dunia crypto yang dihajati.

Aku juga menghadiahkan t-shirt limited edition “Kami Wira Negara” dan mask SCRUT sebagai simbolik kehadiran suara dari rakyat. Datuk sangat sempoi. Dia suruh buka dan dia nak pakai mask SCRUT!

Mungkin ada yang cakap,
“Datuk drama je Aliff oi. Nak tame down kau je tu.”

Wallahu’alam. Aku hanya menghukum pada yang zahir. Aku tak mampu nak membedah hati-hati manusia Sempena hari Jumaat yang mulia ini. Kita sama-sama doakan beliau berjaya melakukan reform atau tajdid di dalam LHDN.

Apa yang aku boleh katakan adalah, aku telah sampaikan segala keluh kesah, kisah duka nestapa, harapan, pesanan dan idea-idea korang kepada aku dan daripada group LHDN Cari Siapa Hari?

😉

#KamiWiraNegara
#TaxPayersAreNotCriminals

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.