Aku memang suka minum air asam jawa dekat Australia dulu. Dulu aku selalu beli brand dari Thailand tu. Amenda entah nama dia. Dekat asian groceries.
Bila balik Malaysia, aku tak jumpa dah air asam jawa dalam botol kaca camtu. Yang ada dalam botol plastik yang rasa dia masam tu. Beberapa hari lepas aku rasa haus gila, aku nampak Hausboom ada jual air asam jawa.
Kalau teringat perangai boss Hausboom anak orang kaya Umnowiyun tu. Memang aku tak belilah. Tapi aku bukan begitu. Kalau brand Israel pun aku beli, ini pula budak Melayu Muslim walaupun pernah meroyan nak suruh bini buka tudung tempoh hari.
Lepas aku minum. Pergh, memang sedap air asam jawa dia ni. Padu, memang boleh pergi jauh. Regardless perangai boss dia macam mana, kualiti rasa air asam jawa dia memang impressive. Jadi, aku dah ada air asam jawa yang boleh aku minum di Malaysia.
Siapa suka air asam jawa, boleh try Hausboom asam jawa. Aku recommend. Tapi kau tak boleh dapatkannya di Ifmal atau di www.ifmal.com lah.