BOSS MAKI? BUKTI BOSS SAYANG ANDA!

B

Nak mencari boss yang perfect memang hanya mimpilah. Di syurga pun mungkin tiada. Mengapa? Tiada boss dan staff di syurga.

Kena maki bukti kau penting. Kena marah bukti kau dipeduli. Kena herdik itu pasti untuk naik maqam. Itu biasa dalam dunia pekerjaan.

Kau kena risau kalau boss tak cakap apa dengan kau. Sebab kau pasti tak penting, tapi sama ada kau bagus atau tidak. Kau taktau.

Tapi, yang selalu dan kerap kena cari, kena marah, kena sound, kau kena tahu, kau penting. Kau diperlukan.

Kau kena faham, boss kau pun manusia. Ada emosi tak stabil juga. Kadang-kadang period. Kadang-kadang stress dan depressed. Bezanya dia boss.

Aku dulu selalu kena marah. Boss aku dulu masa jadi cleaner zaman student orang Greek. Orang Greek ni memang bangsa sampah. Tapi duk bangga-bangga dengan tamadun silam dia.

Hari-hari dia cari salah aku. Kalau ikut hati memang aku pukul dia. Tapi demi AUD25/hours aku take it as challenge. Lagi dia maki, lagi dia bising, lagi aku cabar diri aku untuk perfectkan skill aku.

Rupanya itulah regim dia untuk train orang. Orang hati kecil memang tak boleh layan dia. Pernah suatu hari dia tengking aku depan customer. Padahal salah orang lain.

Aku pergi dekat dia, aku senyum dan jawab,
“Christos, you don’t need to yell at me here. If you really need my help, just call my name properly. You are my father here, I am your son here. The unfinished task was not my fault, it’s your other beloved son did.”

Muka dia macam kena stunt bila aku jawab balik depan orang ramai macam tu. Tapi dia tak insaf pun. Sama je. Mungkin kalau di Malaysia, aku dah terajang dia. Tapi itulah, hujan emas di negeri orang, hujan itu pula masa aku student lagi. Nothing much can do.

Aku dengan Christos ni memang sentiasa love-hate relationship. Aku memang nak kerja. Nak cari duit. Aku buat hal aku. Aku kerja elok-elok. Fitst in, last out. Aku tau dia perlukan aku sebab apa-apa pun dia akan cari aku. Walaupun dia selalu terpekik terlolong juga.

Begitulah dunia. Ya, memang benar kita sentiasa mengimpikan boss yang baik, cakap lembut dan teratur. Tak pandai maki hamun. Tapi dunia ini tidak begitu. Ada ying ada yang. Tiada kesempurnaan.

Macam kau juga, lepas mandi kau wangi, masa berak kau busuk. Boss kau kalau ngamuk-ngamuk. Anggap jela dia tengah tahan berak. Boss jahat ni pada aku, boss yang tak bayar gaji kau, tapi perah kau. Walaupun dia berbudi bahasa dan berkata lunak.

Faham? Boss maki? Rilex…

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.