APA-APA PERJANJIAN DIANTARA SETERU ATAS NAMA KEPENTINGAN RAKYAT DAN NEGARA MESTI DITUNJUKKAN DAN DIDEDAHKAN KEPADA RAKYAT!

A

Rakyat telah memilih. Majoriti tidak memilih PH. Majoriti juga tidak memilih PN. Majoriti telah menolak BN. Jika benar, pemimpin-pemimpin politik ini akan bergabung kerana kepentingan negara dan rakyat, aku cadangkan perjanjian yang dipersetujui diantara pihak-pihak mesti ditandatangani dan disiarkan secara terbuka.

Biar rakyat menilai adakah perjanjian mereka itu adalah untuk kepentingan rakyat dan negara ataupun kepentingan perut, tengkuk dan poket masing-masing. Biar rakyat tahu, jika ada pengkhianatan dan perlanggaran janji, siapa yang bersalah dan siapa yang patut dihukum di PRU seterus nanti.

Dulu, Anwar kata ada perjanjian bertulis yang Tun M tandatangan, aku tak nampak pun. Itu sebab mereka masih bincang sampai bergaduh bila Tun nak pass kerusi PM kepada Anwar. Ini kali segala dasar yang telah dipersetujui, tunjukkan kepada rakyat. Manifesto bersama juga perlu dikeluarkan. Supaya salah menyalah diantara satu sama lain nanti, rakyat boleh menilai.

Ada berani? Telus dan berintegriti? Kalau betul lah mereka inj berjuang untuk rakyat dan negara. Kalau betul lah gabungan mereka disebabkan rakyat dan negara. Maka BN nikah dengan PH pun ok, PN nikah dengan BN pun ok. PH nikah dengan PN pun jelas.

Aku faham isunya siapa nak jadi PM. Perebutan jawatan menteri. Isunya nak lepaskan klustsr mahkamah seperti Guan Eng, Zahid, Bung, Saddiq, LTTE dan lain-lain. Rakyat sedang melihat. Rakyat memerhati.

Aku percaya prinsip boleh di-hold dulu kerana kepentingan negara dan rakyat. Tapi, rakyat kena faham situasi dan perjanjian diantara 2 pihak yang berlainan prinsip. Aku risau, gabungan mereka nak nak lepaskan tengkuk masing-masing je, nak penuhkan perut masing-masing je, nak capai matlamat nak menyamun sama-sama je.

Inilah pandangan ikhlas dan jujur daripada aku. Perjanjian diantara mereka mestilah digariskan secara jelas, bertulis dan di-public-kan untuk rakyat menilai dan membuat keputusan nanti. Nyatakan juga garisan pemisah yes and no, do’s and don’ts. Baru rakyat tau, siapa khianat siapa. Siapa langgar siapa.

Apa pandangan dan cadangan korang?

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.