Bantahan Terhadap Honda!

B

1. Sebagaimana gua tak setuju Eddie Rejang dibuang kerja, begitu juga gua tak setuju Caryn Yen dibuang kerja oleh Honda Malaysia.

2. Kesalahan Eddie Rejang dan Caryn Yen adalah kesalahan peribadi. Iaitu kesalahan di luar waktu kerja. Bukannya mereka melakukan kesalahan di tempat kerja atau pada waktu kerja. Jadi kenapa tempat kerja yang menghukum mereka.

3. Mereka telah dihukum dengan dikecam masyarakat setempat. Cukuplah, kenapa mahu disekat dan diganggu kerjaya mereka?

4. Cukuplah mereka sekadar memohon maaf dan berikrar untuk tidak mengulangi kesalahan seperti itu. Gua hairan kenapa majikan mahu mencampuri urusan pekerja di luar waktu dan tempat kerja?

5. Kita pun melakukan banyak kesalahan di luar masa dan tempat kerja. Cuma Allah tutup aib kita saja. Sepatutnya majikan hanya meminta mereka memohon maaf dan insaf.

6. Siapa pula yang mahu menanggung kehidupan mereka selepas ini jika punca rezeki mereka disekat? Sewajarnya mereka diberi peluang. Kesalahan mereka bukanlah kesalahan yang menyebabkan kerosakan awam.

7. Penghinaan terhadap Allah bukanlah baru hari ini berlaku, sejak zaman Nabi lagi ianya sudah berlaku. Bahkan Nabi juga dihina dan dibaling batu ketika berdakwah di Taif. Nabi memaafkan mereka, menolak tawaran malaikat penjaga gunung untuk menghancurkan mereka.

8. Yang wajar diambil tindakan adalah pembunuhan arwah Adib didiamkan tanpa dibela. Mereka yang bertanggungjawab masih terus bergaji dan berkuasa. Kebangsatan apakah ini?

9. Berbalik kepada kesalahan yang dilakukan Caryn, mungkin kerana dia tak faham. Sudah pasti dia membenci apa yang dia tak tahu.

10. Jadi tugas kitalah menyampaikan kebenaran kepadanya. Bukan dengan cara menutup pintu rezeki dia.

11. Jika benar mereka ini dibuang kerja, gua mengalu-alukan mereka untuk bekerja di bawah naungan syarikat-syarikat gua. Suruh mereka contact gua.

12. Bahkan kempen Islam itu rahmatan lil ‘alamin juga tidak akan kesampaian jika mereka yang melakukan kesalah kecil, dihukum seolah-olah rahmat itu sudah tidak ada lagi. Bumi ini bukan untuk mereka lagi. Tetapi yang membunuh dan melakukan kerosakan awam dibiarkan tersenyum sambil menghisap cigar!

Sekian.

Honda Vtec Slayer
Wira-Gsr-Evo

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.