kenapa pemuzik Indonesia hebat?

k

Semalam di Saka Cafe ada busker sedang membuat persembahan. Gua macam biasa, mana-mana busker yang datang kat gua, gua akan request lagu Syantik.

Tujuan gua adalah untuk menguji mereka sama ada mereka bagus atau tidak, mereka mahu hiburkan orang atau tidak. Pada gua, busking ini lu kena buat orang terhibur, kalau orang kat situ puas hati, baru dia kasi lu duit.

Jadi, sifir mudahnya busker tak bolehlah expect orang akan bayar dia kalau mereka tidak terhibur. Ya, gua faham ahli muzik ada prinsip tentang genre yang mereka anuti. Tapi, pada gua jika matlamat melakukan persembahan adalah untuk menghiburkan orang, maka amat wajar mereka ubah pendirian mereka.

Gua punya teman karib, pemain gitar dan komposer kumpulan deathmetal Malaya yang power, Langsuyr, namanya Bentara pun tidak segan-segan melakukan improvasi untuk menghiburkan kawan-kawan ketika persembahan di Adelaide. Dia main lagu nasyid la! Dangdut pun dia boleh juga. Ini kaum metal bro! Yang kental jiwa mereka umpama besi waja!

Pandangan gua mudah saja, jika lu main muzik untuk menghiburkan orang lu kena layanlah permintaan orang, tapi kalau lu main muzik untuk hiburkan diri lu sendiri, maka biarlah diri lu terhibur tanpa mengharapkan aprisiasi token para pendengar mahupun penonton.

Di bawah ini busker di Bandung. Mereka bukanlah pemuzik dangdut, tetapi mereka berjaya mengheret lagu dangdut masuk ke style muzik mereka. Gua rasakan olahan muzik mereka jauh lebih baik dari lagu asal. Lu tau tak, mereka spend almost 15mins untuk tune or set muzik untuk lagu di bawah.

Jika ditanya gua kenapa pemuzik Indonesia hebat? Gua rasa kerana mereka bermuzik untuk menghiburkan pendengar. Mungkin itulah prinsip mereka.

https://www.facebook.com/aliff.ahmadii.14/videos/352220552239087/

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.