BANYAK KAN DUIT SITI BAINUN?

B

SITI BAINUN LANTIK LAWYER ZAHID HAMIDI UNTUK PROSES RAYUAN?

Ini komentar aku..

Sebenarnya, aku amat terkejut permohonan stay untuk Siti Bainun ditolak hakim kerana 99% biasanya akan diterima. Cuma mungkin peguam Siti Bainun cap ayam sangat. Hujah ketebalan kertas pembelaan la. Sampai hakim cakap,

“Nak ikut ketebalan?”

Habis satu mahkamah gelak!

Jika benar rencana peguam dia yang ramai tu tarik diri beramai-ramai tu bukan dirancang untuk men-delay-kan kes, maka Siti Bainun kena khianat. Tapi, aku percaya itu semua plan nak tangguh kes je.

Melepaskan peguam latok menyebabkan rayuan itu kelihatan barai. Kalau gopren aku yang buat rayuan tu, insyaAllah Bainun tidak terus ke penjara. Aku percaya, rayuan menangguh hukuman ini pasti diterima di mahkamah tinggi.

Dari mana duit Siti Bainun dapat hire Hisyam Teh? Ramai yang tertanya-tanya kan? Ini peguam level elitis. Senior lawyer yang lead kes Zahid Hamidi dan Muhyiddin Yassin. Najib Razak juga nak guna khidmat dia di mahkamah persekutuan. Tapi tak sempat.

Hisyam Teh bukan lawyer cabuk yang kutip derma macam peguam cap ayam sekor tu. Dia yang nak saman, tapi dia minta sedekah. Sembang pendapatan 6 figures, hutang tak bayar. Hisyam Teh ni lain, ada prestij. Mungkin hakim-hakim pun ada yang dulu classmate or batchmate dia, or kawan-kawan dia, mungkin junior dia.

Korang masih ingat tak drama semua peguam Bainun dulu konon-kononnya probono. Punyalah probono sampai level sanggup jadi cybertrooper, bagi document mahkamah kepada gang Vietchong demi Siti Bainun.

Apa entah yang special sangat Siti Bainun tu selain dia pandai buat telur hangus dan ada diploma kulinari. Betul tak? Yelah, konon Siti Bainun dah takda duit sebab habiskan untuk kerja kebajikan.

Tapi, mana dapat duit nak hire Hisyam Teh? Hisyam Teh probono juga ke? Siapa yang bayar? Duit Rumah Bonda? Duit cash? Zahid Hamidi? Zahid kata tak kenal dia. Takkan nak kata peguam-peguam lama dia.

Ada peguam dia yang masih berhutang dengan aku, ada yang meniaga pun minta fund daripada tokei arak, ada yang buka kedai nasi pun tutup. Mustahil diorang!

Cuma aku nak sebutlah, memang nampak sangat drama sampah. Konon masa pasukan dia ramai-ramai tarik diri, sampai takda peguam sebab takda duit. Kena apply YBGK (Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan). Tapi lepas dapat peguam YBGK, dipecatnya peguam YBGK tu. Punyala biadab!

Hari ini, Bainun hire peguam yang dihormati dalam industri. Kawan dan lawan. Tak murah. Korang akan dapat bezakan Hisyam Teh takkan buat perangai low class dengan berhujah di dalam media sosial macam peguam-peguam Bainun sebelum ini.Hisyam Teh juga tidak busuk dan kepam. Dia wangi. So, boleh buka mask dalam ke court nanti..

Cuma dengan perlantikan Hisyam Teh ini, membuktikan yang peguam-peguam yang ramai-ramai tempoh hari tak mampu atau gagal. Kalau terer, handle sendirilah. Selain membuktikan Bainun ada banyak duit lah!

Inilah pandangan dan komentar aku..

Cuba korang fikir kenapa beriya-iya diorang nak bawa Siti Bainun keluar? Macam kalau takda Bainun, ada projek tak jalan.. Kan?

😜

Ps : Mohon Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia siasat Siti Bainun dan peguam-peguam dia.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.