BEBERAPA ORANG YANG KORANG BOLEH AMBIL MANFAAT DALAM DUNIA BUSINESS..

B

(Semua dalam senarai ini, aku tak kenal dia, dia pun tak kenal aku..)

1. Azri Walter
Aku tahu kewujudan dia masa dia “gaduh” dengan Puan Ainon. Alah, yang tunggang nama Nabi SAW. Marketing gaya Nabi ke apa. Baru-baru ini aku tengok video-video dia yang pada aku real. Dia jujur menceritakan tentang dunia business.

Dia sembang realiti dunia business yang struggle, kena strive dan always hustle. Dia tak cerita indah-indah, dia pun tak poyo-poyo.Cuma ada satu video dia promote Najib Assadok dan Azizan 8PhD tu aku jem sikit. But overall, apa dia cerita pasal business is real!

2. Dr. Hannan Yusof
Pemilik Hannan Medispa. Hal lain aku taktau pasal dia. Aku cuma setuju dan menyokong penuh cara dia handle staff bermasalah dengan mengambil tindakan saman 1m dekat mantan pekerja dia yang jahat.

Aku suka bila dia cerita pasal perangai staff, budak datang interview, kisah staff toksik dan kaki complain. Sebab apa? Semua itu realiti. Walaupun dia dikecam. Dia jalan terus. Dia tau apa dia cakap dan buat itu betul.

Untuk orang nak buat business, kena ready perangai-perangai dan masalah-masalah yang dia hadapai. Sebab apa? Memang macam tulah perangai pekerja hari ini. Yang bagus mungkin less than 10%. Yang tak bagus ramai, tapi asyik nak salahkan majikan je.

3. Zamir Mohyedin
Seorang ahli fizik yang cuba menerangkan fizik secara ilmiah tetapi santai. Usaha dia aku sangat respect. Walaupun adalah 2-3 benda aku tak setuju.

Kenapa orang business kena faham sains? Sebab aku taknak korang terlibat dengan menjual kebodohan, psuedoscience dan overclaim product. Aku nak korang celik sains.

Aku taknak tengok nanti bila kau dah tersontot berniaga scam psuedoscience, kau masuk PRU import orang Vietnam buat jadi penyokong. Selepas kau kalah hilang deposit, kau merentan zikir nama aku.

Sekian, ini cadangan aku. Boleh jadi baik, boleh jadi tidak. Korang pun kenalah tapis sendiri juga.

Faham?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.