BENARKAH SI RASHID TIADA KENA MENGENA DENGAN SHAM DAN KOMUNITI HARMONI KITA (KHK)?

B

(Bagaimana page Si Rashid yang ada 700k follower dieksploitasi?)

Semalam laju je seorang admin Si Rashid buat kenyataan yang kononnya aktiviti Sham dan NGOnya tiada kena mengena dengan admin lain. Benarkah? Laju je diorang nak cuci tangan.

Teori dia macam ni. Page takkan hidup tanpa admin. Page adalah milik admin. Admin-admin bertanggungjawab terhadap apa yang keluar daripada page. Clear?

Dulu pun, admin seorang lagi yang bernama Muhsin mengeluarkan kenyataan yang sama. Ketika itu aku tiada maklumat penuh. Ini kali insyaAllah clear dah apabila pelabur sendiri menghubungi aku.

Ketika itu, admin Muhsin kasitau aku yang kononnya Sham telah “dibuang” daripada jadi admin setelah Sham memulakan provokasi terhadap aku dan SCRUT.

Rupanya itu hanyalah helah untuk mententeramkan aku. Tapi takpalah. Beberapa hari ini aku dah ada kesemua maklumat dan aku sudah preserve segala bukti-bukti tersebut.

Aku memang malas nak melayan orang tak kerja, penunggang asnaf, low IQ, main saham sontot dan buat projek itik sontot ni. Tapi aku rasa ada kemaslahan masyarakat yang perlu aku bangkitkan untuk tidak ditipu scammer yang bermain dengan perkataan asnaf dan wakaf.

Aku nak ajak korang semua berfikir benarkah admin-admin lain tiada kena mengena dan tidak terlibat.

1. Posting mencari pelabur, ternak dan infak itik itu dipromosi di page Si Rashid. Jika admin-admin lain tidak terlibat, kenapa membenarkan, dibiarkan dan didiamkan ia dipromosi di page Si Rashid? Sehingga abam TTKM, Muhamad Harris Nasril komen dan ramai yang masuk, barulah posting tersebut di-delete setelah 4 tahun!

2. Page Si Rashid juga rajin share posting-posting Sham dan kerja-kerja “amal” dia. Seolah-olah memberi tanda sokongan terhadap segala aktiviti Sham.

3. Program wakaf ayam juga page Si Rashid yang promote. Apa jadi dengan projek itu? Ada supporting dokumen?

4. Page Si Rashid juga yang mempromosi NGO Komuniti Harmoni Kita yang dikawal oleh Sham.

5. Admin Muhsin terang-terang mengakui NGO Komuniti Harmoni Kita adalah ditubuhkan oleh Si Rashid.

6. Kisah Si Rashid di akhbar Metro dan TV3 juga menunjukkan Si Rashid dan NGO Komuniti Harmoni Kita adalah sejalan. Di mana page Komuniti Harmoni Kita? Kenapa tutup dan ghaib?

7. Mangsa-mangsa skim itik memberitahu yang mereka terjebak disebabkan percaya dengan page Si Rashid.

8. Hari ini mereka kata mereka takda kena mengena. Semua salah Sham. Jadi admin-admin semua admit Sham bersalah? Kalau tak salah kenapa keluar kenyataan sebegitu?

Anyway, aku nak korang semua berfikir dengan waras. Bagaimana Si Rashid sebenarnya memainkan peranan penting untuk mendapatkan pelabur.

Kalau betul mereka benar-benar tidak terlibat. Sila buat laporan polis (cover report) yang menyatakan mereka tidak terlibat, hanya Sham yang terlibat mengambil dan menguruskan dana-dana infak dan pelaburan tersebut. Kemudian, publishlah openly.

Takyah tunjuk gangsta, samseng dan berani macam Sham. Semua itu nampak bangang dan low IQ. Tunjukkan yang korang pun serius dalam isu ini. Kalau tidak, nampak sangat korang pun macam ada share je.Or else, buatlah kempen “Jangan jadi seperti Si Rashid..”

😜

ps : Rujuk lampiran di bawah.

#ItikSontot

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.