BLOCK ORANG = LEMBIK atau KENA BLOCK THEN MERENTAN = LEMBIK?

B

Aku dah explain banyak kali dah hal block ni. Aku memang akan block mereka-mereka yang tak suka aku, tak setuju dengan aku, maki hamun, mencarut, keluar tajuk, tak faham isu, fake account, ejek-ejek dan apa-apa unsur yang aku tak suka, aku block/ban.

Aku membantu mereka-mereka yang membenci aku untuk bertenang. Takyah baca wall aku. Apa nak stress sangat hidup ni? Kena baca wall aku, stress, maki hamun aku, perli aku, troll aku. Apa indahnya hiduo macam tu. Dah, jangan baca! 😜

Wall aku ini, Meta dah kasi power sebagai founder, admin-admin aku ada yang jadi SOP dan ada yang jadi AOP sebagai moderator, kerja mereka menjaga keamanan wall aku mengikut direction yang aku mahukan. Direction wall aku mudah.

Tak suka apa aku tulis. Selagi tak menyalahi undang-undang jenayah. Tak menyalahi agama secara ijma’, biarlah, mungkin aku ada naratif aku yang tuhan aku tidak benarkan kau dapat kefahaman.

Boleh ignore, scroll down terus, atau block terus. Aku tak kisah pun hilang berapa ramai follower. Sebab aku tak pernah mengaku dan menganggap diri aku influencer.

Pandangan yang mengatakan bila block = lembik pada aku sangat lemah dan bodoh. Button sudah disediakan, kenapa aku tak gunakan. Itu namanya bodoh kalau tak guna. Taman kau, datang orang tak suka bising-bising macam monyet, aku halau jela.

Simple equation. Mudah kan? No hard feeling, takda sentimental, takda rasa down, sedih dan enjoy. Orang tak suka kita, pergilah. Kenapa aku nak bersedih dengan orang tak suka kita. Kenapa aku nak biarkan dia bermain-main di taman aku. Kita kan ada taman masing-masing. Lagipun kan ramai lagi kawan-kawan kita.

Cuma sampai hari ini aku pelik. Kenapa ramai gila orang merentan kena block dengan aku? Sebab rindu tulisan aku yang ilmiah? Atau mereka memang mental nak masuk wall aku maki hamun dan ejek aku?

Tapi kalau nak kata aku lembik ke, lemah ke, koyak ke, aku tak kisah pun. Setakat ini aku tak pernah delete or hide/private-kan apa-apa posting aku yang kena saman. Aku hadap je sebab aku tau apa aku tulis tu sebuah kebenaran.

Aku takdalah nak mengemis letak no account, cerita kena postpone nak kahwin lah, dalam masa yang sama kasitau dah beli rumah, flex tunjuk beli Macbook, Ipon, pergi jalan kereta H. Memang perangai pengemis hina dan exploit follower.

Aku juga takda nak tutup account, deactivate segala account macam Si Itik dan Pengiran tu. Satu kena ban 30 hari, aku buat II, no III dan page ini. Aku kekal hidup lagi di sini. Tak lari. Terus menerus menulis untuk diri aku dan mereka yang mahu menerima idea-idea dan gagasan-gagasan aku.

Tapi, kalau ada yang kena depression sebab kena block dengan aku. Rasa ada apa-apa kerugian dan kesakitan. Bolehlah saman aku. Jangan risau, aku takkan koyak, lembik, lari atau hilang. Kita boleh jumpa di sana.

Anyway, Facebook ni bukan sahaja boleh berniaga, boleh juga scam orang, cari jodoh dan jangan lupa, boleh mengemis duit follower..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.