“BOLEH TAK SAYA JADI KAYA DENGAN NFT?”

Inilah diantara soalan yang orang sering tanya aku dewasa ini. So, aku mulakan jawapan aku dengan soalan balik.

APA ITU NFT?

Ramai gila orang duduk mesej tanya aku pasal NFT, maklumlah NFT sebenarnya product kepada smart contract yang datang daripada rahim blockchain juga.

Sebagai orang lama, pioneer blockchain developer di Malaysia dan seasoned crypto believer, ditanya soalan-soalan tentang crypto adalah perkara biasa terhadap aku.

Biasanya aku akan suruh mereka memahami asas teknologi tersebut. Jadi aku sugget baca portal aku Coin.my atau beli buku aku, 50 Dalil Kenapa Anda Wajib Memiliki Bitcoin?

Suatu hari handphone aku berbunyi, Mat Rod, atau Radzi Tajuddin ajak aku jumpa, dia nak minta endorsement aku tentang penguasaan ilmu NFT dia. Aku kasitau dia, aku tau NFT tapi tak involve sebab sibuk. Aku ada point aku kenapa aku tak minat sangat.

Untuk pengetahuan korang, aku dah bagi awareness dekat dia tentang dunia crypto ni dari tahun 2018 lagi. Tapi masa tu dia tengah sibuk dengan property dan harta bumi. Yelah, orang kaya property, mana nak pandang marhaen macam aku yang naik Axia Kompang je.

Maka aku pun setlah satu hari untuk aku mendengar penguasaan ilmu NFT dan bagaimana dia buat duit dengan NFT. Aku rasa tak cukup kalau aku grill dia sorang-sorang, aku panggil partner aku yang lagi deep Nik Izwan Kamel untuk sama-sama grill dia.

Dari 8 malam sampai 12 malam. Aku dan Nik korek dan uji dia. Challenge segala teknik-teknik dia. Yang bagusnya, dia admit siap-siap, yang dia tak tau teknikal di sebalik all the tools. Senang. So, kami “viva” dia in term of bagaimana dia buat duit dengan NFT. Habis wallet dia aku minta tengok.

Semua tools yang dia tunjuk, kami faham dan tau. Even kami boleh develope sendiri. Takda masalah pun. Tapi perangai takkan develope the 2nd wheel adalah prinsip kami. Lagipun, kami tengah busy dengan beberapa projek dan komitmen yang lebih utama.

Setelah selesai sesi viva tersebut. Aku kasitau dia. Nanti buat free class. Aku nak tengok apa kau merepek. Alhamdulillah. Memang dia buat dan aku berpuas hati. Adalah 2,3 benda aku tegur lepas tu. But secara keseluruhan, dia lulus dengan cemerlang.

So, aku boleh bagi endorsement yang kepada sesiapa yang nak belajar pasal NFT, boleh belajar dengan dia. Aku juga suruh dia charge RM1000 supaya ilmu itu akan dihargai. Pengalaman aku mengajar percuma kepada agensi-agensi kerajaan dulu buat aku sedar, yang mereka takkan hargai kalau ianya percuma.

Yelah, jika nak dibandingkan kelas-kelas trading saham yang diajar oleh mana-mana sifu saham yang aku tahu scam kesemuanya, charge beribu-ribu. Walhal semua itu sampah. Mana ada sifu-sifu saham berani sahut cabaran aku kan? Apalah sangat RM1,000 banding dengan kelas sampah 3-4 ribu tu.

Ilmu NFT ini jauh lebih jelas dan clear cut cara buat duitnya. Ia tidak melibatkan teknikal chart yang perlu menguasai ilmu statistik dan teori kebarangkalian. Banyak elemen yang perlu di-conclude dulu. Cumanya, kena rajin dan make effort lebihlah.

BOLEH JADI KAYA KE?

Cuma aku nak ingatkan, kalau kau berharap boleh jadi kaya terus. Jangan belajar, jangan terlibat. Korang kena betulkan niat. Aku selalu sebut,

“New technology, new opportunity.”

Tetapi kena ada ilmu. Ingat,
“Today’s knowledge, tommorrow’s wealth!”

Takda jaminan kau akan jadi kaya. Tetapi ada jaminan kau tidak akan jadi bodoh dan bangang dengan adanya ilmu. NFT is a new hype, so pasti akan ada peluang di sana, pasti juga ada bahaya. So, kena ada ILMU!

Aku jarang bagi apa-apa endorsement dekat mana-mana orang hatta kawan aku sekali pun dalam perkara yang melibatkan untung rugi dan duit orang awam. Mereka mesti melalui sesi “interrogation” sebagaimana Imam Bukhari melaluinya untuk masuk mengajar di kota Baghdad.

Dalam dunia academia barat mahupun Islam, memang majlis viva, interogasi, mendapatkan tazkiah dan ijazah adalah budaya sebelum mengajar. Inilah budaya yang wajar diamalkan walaupun dalam dunia terbuka dan indie.

InsyaAllah, aku akan sentiasa monitor content-content dia kerana rasa bertanggung jawab setelah aku bagi endorsement. Untuk korang yang tanya aku nak belajar dengan siapa pasal NFT?

Nah, link kelas NFT dia.
https://bit.ly/hnfta

NAK BELAJAR DENGAN AKU?

Zaman aku jadi consultant blockchain dulu, aku charge sejam 1 BTC. Ada ke yang sanggup bayar hari ini? Anyway, aku bukan good presenter, bukan juga orator. Aku tak pandai mengajar.

Nak belajar dengan aku, suruhlah Mat Rod invite aku jadi guest speaker. Anyway, bacalah Coin.my. Penat aku dan team aku tulis dulu. Bacalah, iqra’. Bila kau faham asas, apa new hype yang lahir dari rahim teknologi yang sama, kau akan cepat je tangkap.

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.