BUNGA API MERDEKA?

B

Dari kecil aku tak pernah rasa apa pun melihat bunga api ketika malam tahun baru mahupun malam merdeka.

Adakah setelah melihat bunga api sambil melaung ucapan merdeka akan menjadikan kau lebih patriotik? Lebih bijaksana? Lebih matang? Lebih rasional? Jadi kaya?

Jawabnya pasti TIDAK.

Kalau kau jurugambar, mungkin kau mahu dapatkan karya malam itu. Tapi sebagai marhaen yang takkan memberikan apa-apa keuntungan secara fizikal mahupun spiritual. Eloklah kau duduk saja di rumah atau tidur awal.

Esok pagi ketika mereka semua masih tidur lena kerana menjadi patriotik kononnya malam ini, kau boleh mulakan hari kau dengan jiwa yang merdeka dari kebodohan.

Aku buat apa malam ini? Aku nak merdekakan diri aku dari belengu kesalahan tidak menamatkan buku ini!

Reluctant Genius – Alexander Graham Bell, bagaimana beliau merdekakan dunia dari kebodohan dengan inovasi!

Kawan-kawan rempit aku dulu selalu cakap, setiap kali malam merdeka, banyaklah anak dara akan merdeka dari jadi anak dara!

Selamat merdekakan jiwa masing-masing dari memperhambakan diri kepada nafsu dan kebodohan.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.