Aku, boikot dan #BMBF.

A

Susah betul aku nak sebut BMBF, asik tersasul BMFM aja. Anyway, aku tak komen awal kerana aku mahu melihat apakah sebenarnya #BMBF yang mereka maksudkan.

Secara dasar, aku memang kekal tidak bersetuju dengan apa-apa kempen boikot dalam perniagaan. Dari dahulu aku konsisten membantah kempen boikot produk Yahudi.

Nabi tidak pernah memboikot Yahudi Madinah walaupun tahu perangai mereka yang suka tikam belakang. Ketika Nabi wafat, baju besi Nabi masih dalam pajakan seorang Yahudi.

Aisyah radhiyallahu ‘anha mengatakan bahawa ketika itu baju besi beliau tergadai di tempat orang Yahudi untuk membeli makanan gandum sebanyak 30 sho’ (Shahih Bukhari, 3/1068)

Aku sentiasa berpegang dengan kalam boikot adalah projek pembodohan. Ya, pembodohan! Jadi jika kempen #BMBF adalah kempen memboikot, aku akan menentang secara terbuka.

Dari kecil, aku dididik mak aku membeli dan mengutamakan membeli barangan buatan muslim. Ketika kecil, kampung aku selalu didatangi oleh kumpulan al-Arqam, jadi produk mereka adalah menjadi pilihan mak aku selain bercucuk tanam sendiri.

Mak aku selalu cakap,

“Alah beza 20sen saja, beli jela dekat kedai Melayu tu. Nanti nak raya dia bayar fitrah.”

Sehingga hari ini aku amalkan ajaran mak aku. Teringat aku, ketika pulang bercuti dari Australia, aku melepak dengan kawan-kawan lama aku, ada Cina, ada India dan aku mewakili Melayu walaupun tak berapa Melayu.

Semasa hendak pulang, kawan aku (Cina) dari Australia sama dengan aku, ke 7E membeli roti Gardenia. Kawan lagi seorang, Cina dari Malaysia segera merampas roti Gardenia ketika dia hendak buat bayaran dan digantikan dengan roti Mossimo.

Aku agak terkejut, member tu pun terpinga-pinga macam tergamam pun ada. Lepas kami keluar dari 7E, dia kasitau.

“Don’t buy Gardenia, it’s not belong to us anymore..”

Aku ketika itu pening-pening, tak faham apa maksud dia. Selepas pulang, baru aku sedar yang Syed Mokhtar sudah beli Gardenia. Sampai begitu sekali seriusnya kawan sorang tu memberikan priority kepada product keluarga besar kami.

Setelah aku perhalusi kempen #BMBF, aku lihat ia tidak menyeru kepada boikot. Jadi aku menyokong penuh kempen #BMBF dalam masa yang sama aku tetap akan terus membeli produk Yahudi, non-Muslim yang aku suka dan terus memburu gopren mata hijau!

Ditulis oleh,
Aliff Ahmad
Co-Founder Scrut.my
www.scrut.my

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.