Ajaran agama aku mengajar dicepatkan pengebumian.

A

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh” (HR. Muslim no. 1631)

Isnin lepas bapa mentua aku telah pulang menemui tuhan yang satu. Sesungguhnya telah pasti, setiap nyawa akan merasai kematian. Maka perkara kematian ini hendaklah dihadapi dengan penuh kehambaan.

Kematian arwah lebih kurang 5 minit sebelum jam 2 petang. Mak mentua aku terus menghubungi orang bertanggungjawab dalam kariah Taman Melewar untuk persediaan pengurusan jenazah. Mak mentua aku orang yang faham agama, dia bersetuju untuk terus diuruskan, dan dikuburkan pada hari yang sama.

Jadi, kami expect lepas maghrib atau isyak, boleh terus ditanam. Malangnya, pihak kariah surau tidak memberi kerjasama, pakcik itu mahu diuruskan keesokan hari. Pada aku, ia sesuatu yang tidak baik. Ajaran agama aku mengajar dicepatkan pengebumian.

Aku pun meminta kawan-kawan menasihatkan pakcik tersebut. Aku ketika itu di Melaka menguruskan proses transport ke Gombak. Rupanya pakcik itu tidak dapat terima. Dia bising-bising dengan kariah surau tentang permohonan kami untuk pengebumian dijalankan segera.

Pada aku mudah. Pengurusan jenazah adalah hal fardhu kifayah, kalau kau taknak uruskan, tak larat, or malas. Kasitau saja. Passing saja nama pengurus tanah perkuburan. Aku sangguh bayar OT mereka. Keluarga arwah ada 2 anak lelaki dan 2 menantu lelaki. Apa adahal, aku boleh tolong uruskan.

Jadi terpaksalah keluarga isteri aku menyimpan jenazah untuk satu malam. Selain “menyeksa” jenazah, perbuatan tersebut menyukarkan proses mandi jenazah kerana jenazah pasti sudah keras keesokan harinya selain akan mula berbau kerana jenazah fresh tidak diletakkan apa-apa chemical untuk tahan reput.

Aku bagitau biras aku di depan kakak ipar aku, kalau arwah ayah atau ibu aku, aku akan make sure malam ini juga dikebumikan. Aku hanya menantu kan. Aku sudah menghadiri banyak kali pengubumian pada waktu malam. Jadi ia bukan alasan. Perkuburan itu juga moden dan berlampu, kalau tak berlampu pun aku sanggup bayar kesemua kosnya. Sama ada nak atau taknak saja.

Aku memang sungguh kecewa selepas mendengar pakcik itu berkata kepada kawan aku,

“Kalau nak cepat sangat, gali kubur sendiri.”

Macam yang aku sebut di atas, hal ini masalah fardhu kifayah, kau dah taknak buat, malas, tak larat, TAK PAYAH BUAT. Takda siapa paksa kau.

Jadi, aku menyeru anak-anak muda supaya belajar menguruskan jenazah supaya apabila kematian ayah ibu kau, kau sendiri boleh uruskan. Jangan biarkan wujud individu-individu yang merasakan mereka exclusive kerana kau bergantung kepada mereka walaupun dalam urusan fardhu kifayah.

Melihat keadaan tersebut, aku terfikir 2 perkara.

1. Aku harus tulis secara detail wasiat pengurusan jenazah aku nanti.

2. Aku nak buat apps #2qirat untuk mereka yang ikhlas mahu menguruskan jenazah.

Eh, UFB dah buat belum kursus pengurusan jenazah di Sanglang? Siapa nak jadi CEO apps #2qirat ni? Apps fi sabi lillah ni! Pm tepi aku!

Akhukum fillah abadan abada!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.