CADANGAN TERBUKA BUAT PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI SOCSO/PERKESO

C

Rata-rata rakyat Malaysia sudah tahu yang SOCSO/PERKESO telah memberikan dana sebanyak RM200 juta kepada sebuah syarikat baru yang masih belum diaudit untuk menjalankan perniagaan online takaful/insurance melalui platform MyezCover.

Saya percaya tiada seorang majikan atau pekerja, pencarum atau mana-mana rakyat Malaysia yang rasional akan bersetuju dengan pemberian dana sebesar itu kepada mana-mana syarikat yang tiada profil lagi. Lebih-lebih lagi ia dikawal oleh datuk-datuk dan tansri-tansri yang sudah kaya raya.

Saya merasakan yang barisan kepimpinan ditekan dan diasak untuk melepaskan dana sebesar itu. Saya percaya kalian terpaksa atau hanya menerima arahan. Atau mungkin, ada sebahagian daripada kalian yang bersekongkol sekali.

Disebabkan tahi ini telah diketahui rakyat. Integriti kalian sudah diragui. Saya percaya gaji kalian bukan kaleng-kaleng. Bukan B40 rasanya. Mungkin bukan juga M40. Tak perlulah cerita di akhirat nanti apa yang menanti. Itu urusan masing-masing yang akan dipikul sendiri.

Saya cuma ingin mencadangkan beberapa tindakan yang boleh dilakukan untuk meredakan kemarahan dan kekecewaan kami rakyat marhaen.
1. Membuka juga dana yang lebih besar kepada syarikat-syarikat startup dan sme secara terbuka untuk dipohon.
2. Longgarkan syarat dana tersebut sebagaimana syrikat A Tech Insure yang langsung tiada profil.
3. Memberikan subsidi atau insentif kepada syarikat startup anak muda untuk tidak membayar caruman. Tetapi dibayar oleh pihak SOCSO/PERKESO sebagai subsidi atau insentif program “support startup”.
4. Membatalkan segala penalti yang dikenakan kepada majikan dan tindakan mahkamah.
5. Melonggarkan dan mempercepatkan proses claim atau bayaran kepada pencarum.

Ingat kalian, duit yang kalian guna adalah duit-duit kami yang dipaksa dan dikerah secara zalim. Kami tidak punya pilihan. Kalian yang memegang tanggungjawab wajib menjaga hak kami sebagai pembayar.

Semoga dengan melaksanakan cadangan-cadangan saya ini, kalian bolehlah tidur lena daripada didoakan kehancuran dan dimaki rakyat marhaen. Takkan kalian nak saya SCRUT sorang-sorang dalam senarai kepimpinan tu. Come on..

Saya mohon mencadang!

😉

ps : Di bawah ini muka-muka yang korang boleh cari dan hantar proposal business korang!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.