DOSA YANG MENYEKAT REZEKI ANDA!

D

Ada orang mengomel, meroyan, dan menyalak seperti aku ini ada kuasa menyekat rezeki manusia lain. Tulisan aku boleh mengganggu periuk nasi hamba Allah yang lain.

Sedangkan aku ini tiada daya upaya. Aku hanya makhluk. Mana mungkin makhluk mampu menyekat rezeki yang Allah Al-Razzak telah tetapkan kepada seseorang?

Yang aku tahu, hanya dosa yang mampu menyekat rezeki kerana firman Allah SWT:
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
Maksudnya: Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu. (Surah al-Syura: 30)

Maka berhentilah melakukan dosa, berimanlah kepada Allah yang memberi rezeki, berbuat baik kepada manusia dan jangan terlibat dengan aktiviti pelacuran.

😉

https://www.facebook.com/aLiph.My/videos/569113154589295

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.