CARILAH PARTNER YANG BERILMU!

C

Ini partner aku. Juga seorang guru kepada kami. Dia bukan artis, jauh lagi seorang mantan artis. Dia tidak ada account IG, tidak juga ada account FB. Maka dia takda follower yang berjuta-juta.

Jadi, apa yang dia ada? Dia ada ilmu. Dengan ilmu yang dia ada, dia boleh hidup tanpa perlu bergantung dan berharap kepada sesiapa pun. Dia tak perlu menjilat dan mengampu sesiapa pun.

Dengan ilmu yang dia ada, dia tak perlu kisah apa pun terjadi dalam dunia ini. Dia hanya perlu mata, jari, komputer dan internet. Maka dunia ini miliknya.

Betapa ramai orang kayangan yang ingin mendapatkannya. Dia hanya senyum dan meminta mereka pulang. Tawaran bernilai berbilion tidak langsung menggugat imannya.

Katanya,
“Hanya dengan ilmu kita akan dimuliakan, dunia melutut dan menukut menyembah kita..”

Dia hanya memandu Axia, kadang-kadang Hilux kebun. Tiada kontroversi dan drama dalam hidupnya. Tidak menyusahkan partner-partnernya dengan kebodohan dan keterlanjuran peribadi.

Baru-baru ini, ada sekumpulan orang yang nak bawa kami bertemu dengan seorang yang berkuasa untuk demo ilmunya, kami dijemput ke tempat orang berkuasa itu.

Katanya lembut, kita tak perlu pergi. Ilmu kita lagi mulia dari tempatnya. Jika dia mahu ilmu kita, dialah yang kena datang tempat kita. Bukan kita yang lapar nak dia datang kan?

Begitulah apabila ilmu itu jauh lagi bernilai dari populariti dan kekuasaan. Jika orang lain, pasti tawaran tersebut akan diusahakan. Diangkat dan diabadilan atas nama profiling.

Itulah perbezaan diantara orang yang berilmu dengan orang yang tiada apa-apa. Alhamdulillah, kami sentiasa diingatkan dengan kemuliaan ilmu. Inilah partner kami yang paling hebat!

Partner korang macam mana? Artis? Politikus? Penunggang agama? Penyamun? Sembang kencang? Penat tak korang berpencak nak menegakkan kebodohan dia?

Itulah, carilah partner yang ada ilmu!

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.