MENGKRITIK BUKAN MEMBENCI..

M

Ya, memang aku meluat dengan keangkuhan dan kebingaian perbuatan pemilik jenama ini. Memang banyak kritikan, teguran, dan troll yang aku keluarkan sebagai tanda tidak setuju sambil membuka minda masyarakat agar tidak tunduk dengan pengaruh kaum kayangan yang menghina akal.

Tetapi, tidak pula aku personal dan membenci mereka secara individu serta batang tubuh. Tidak juga aku nak memboikot atau mengutuk produk-produknya. Bahkan aku terus menggunakannya kerana alasan profesional. Aku beli dan guna bukan sebab dia, tapi pilihan aku secara profesional.

Aku bukan macam sesetengah orang, benci orang sampai nak boikot dan menjatuhkan orang tu. Sampai nak hina dan kutuk produk orang tu. Lagi dahsyat, sampai memfitnah orang yang dia benci.

Begitulah..

Islam mendidik kita supaya berlaku adil. Itu lebih dekat dengan taqwa..

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.